Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isu Alkohol: Industri Pelancongan Pertahan Tiong -“Nak Pecat Menteri, Tanya Kami Dahulu”

Industri pelancongan tampil mempertahankan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing susulan isu alkohol dalam satu majlis anjuran Tourism Malaysia baru-baru ini.

Isu alkohol jadi tumpuan babitkan menteri

Memetik laporan daripada Sinchew Daily, Presiden Persatuan Pelancongan Domestik, Mint Leong menegaskan bahawa pihak industri adalah pihak paling layak menilai prestasi seorang menteri.

“Oleh itu, jika ada hasrat untuk memecat menteri, sila tanya kami terlebih dahulu. Kami juga meminta Perdana Menteri memecat pemimpin politik yang membantutkan pembangunan pelancongan negara,” katanya.

isu alkohol

Kritikan isu alkohol dikaitkan dengan menteri lukai hati pemain industri

Mint turut menyelar tindakan dua pemimpin Melaka, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh dan Ahli Parlimen Masjid Tanah dari Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang didakwa keterlaluan dalam mengkritik menteri.

Katanya, jika mereka tidak berpuas hati, kementerian wajar menilai semula agihan sumber kepada Melaka, termasuk pelancaran Tahun Melawat Malaysia di negeri itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau menjelaskan, kritikan politik terhadap menteri telah melukakan hati pemain industri yang berusaha keras membangunkan sektor pelancongan.

“Kementerian Pelancongan dan pihak industri telah menyalurkan banyak sumber ke Melaka untuk sambutan Hari Pelancongan Sedunia.
“Hasilnya, ramai yang mengunjungi Melaka, penginapan penuh minggu lalu, dan program di Melaka mendapat liputan media yang meluas.
“Banyak sumber telah disalurkan, tetapi yang kami dapat adalah kritikan. Ini sangat menyakitkan hati,” katanya.

Minta isu alkohol tidak dipolitikkan

Mint turut menasihatkan agar isu alkohol tidak dipolitikkan, kerana dalam industri pelancongan antarabangsa, elemen itu tidak dapat dielakkan sepenuhnya.

“Menteri sendiri sudah menyatakan bahawa pihak swasta yang menjamu tetamu,” katanya sambil menegaskan bahawa hal ehwal pelancongan harus dinilai oleh pihak industri, bukan orang luar seperti Dr. Muhamad Akmal.

Artikel lain: Cuepacs Ingatkan Penjawat Awam: Jangan Sertai Majlis Ada Minuman Alkohol

Terdahulu, majlis makan malam gala sempena Global Travel Meet yang dianjurkan bersama Tourism Malaysia mencetuskan polemik selepas didakwa menyajikan minuman beralkohol.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, Tiong King Sing menjelaskan bahawa majlis berkenaan dianjurkan sepenuhnya oleh pihak industri dan bukan majlis rasmi kerajaan.

Menteri itu juga menolak untuk mengulas lanjut gesaan pemimpin politik yang mahu beliau dipecat, sambil menegaskan bahawa acara tersebut bukanlah majlis kerajaan.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Lokal

Polis sedang menyiasat satu hantaran gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang dimuat naik oleh akaun Facebook ‘Huayan The Pureland...

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Lokal

Adik kepada wanita yang pernah tular dikasari suami hingga koma, Jahidah Nordin, Fauziah Nordin telah bersuara apabila mendakwa kes seorang isteri dipukul hingga keguguran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd