Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Isu 3R: UMNO Junjung Titah Tengku Hassanal – Ahmad Zahid

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) menjunjung titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang murka dan terkilan berikutan isu kontroversi 3R (kaum, raja, agama).

Menurut laporan Buletin TV3, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyentuh isu sensitif itu disifatkan sebagai satu keceluparan.

Foto: Facebook Barisan Nasional

“Saya amat menghormati kenyataan Tengku Mahkota Pahang, tentunya ia merupakan sesuatu yang harus dilihat sebagai kesan daripada keceluparan yang telah membangkitkan isu berkenaan.
“Mungkin ‘orang itu’ tidak menerima hakikat titah pembentukan Kerajaan Perpaduan itu dengan niat Tuanku bagi menyatupadukan semua parti-parti gabungan agar tidak berlaku lagi ketidakstabilan dalam politik tanah air,” katanya.

Foto: Kosmo!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Pertandingan Akhir Pidato Piala Datuk Nurul Amal menjelang Persidangan Agung UMNO (PAU) 2024 di Kuala Lumpur hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Muhyiddin seharusnya tahu kesan daripada ucapan yang dibuat ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini.

Beliau juga menyifatkan tindakan bekas Perdana Menteri itu sebagai tidak bertatasusila terhadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Ke-16.

Foto: Facebook Kesultanan Pahang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Tengku Hassanal menzahirkan rasa murka dan terkilan atas tindakan Muhyiddin yang dikatakan secara sengaja dan sinis memperlekeh dan mempertikaikan tugas serta peranan  Al-Sultan Abdullah semasa baginda masih dalam jawatan itu.

Sumber: Buletin TV (Syafiqah Damanhuri)

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Spotlight

Rapper terkenal Britain, Central Cee, 27, mengesahkan beliau telah memeluk agama Islam dan menukar namanya semasa siaran langsung baru-baru ini. Central Cee, nama lahir...

Lokal

Seorang wanita hamil tiga bulan meninggal dunia bersama seorang rakan lelaki dalam kebakaran yang berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tenang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd