Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tragedi Perkelahan, Isteri Tak Sempat Selamatkan Suami Hanyut Ditarik Ombak

Seorang isteri tak sempat selamatkan suami hanyut susulan ditarik ombak sewaktu berkelah di Pantai Batu Burok, Terengganu kira-kira jam 11. 20 pagi Ahad.

Memetik laporan dari Sinar Harian, isteri mangsa, Nora Elina Abdul Khalit, 44 memaklumkan yang suaminya, Zulkarnain Mohamed Zubir, 44 dihanyut ombak sewaktu sedang bersiar-siar di persisiran pantai berkenaan.

Cuba selamatkan suami tapi ombak begitu kuat

Ujarnya, mereka bersama dua orang anak perempuan berusia 11 dan sembilan tahun telah sampai ke Kuala Terengganu untuk bercuti.

“Kami mengambil kesempatan meluangkan masa berkelah di tepi Pantai Batu Burok pagi tadi sebelum pulang ke Kuala Lumpur tengah hari esok.
“Tetapi ketika saya asyik bermain pasir bersama anak-anak, saya mendapati suami sudah tiada di kawasan sekitar pantai berkenaan.
“Tiba-tiba saya lihat kelibat suami di dalam air dan terus lempar pelampung serta berenang untuk menyelamatkannya, namun keadaan ombak dan arus terlalu kuat menyebabkan terpaksa berpatah balik dan dapatkan bantuan daripada pihak hotel,” katanya.

Kredit foto: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Isteri tak sempat selamatkan suami hanyut, harap ditemui selamat

Ujarnya, dia sangat sedih dengan kejadian tersebut dan masih berharap suami ditemui dalam keadaan selamat serta dapat pulang ke pangkuan keluarga pada hari esok.

“Saya sangat sedih atas kejadian ini dan masih berharap suami selamat dan dapat pulang ke pangkuan keluarga,” katanya lagi.

 Isteri Tak Sempat Selamatkan Suami Hanyut

Kredit foto: Urus Setia Penerangan Darul Iman -UPDI 

Isteri tak sempat selamatkan suami hanyut, bomba akui usaha mencari sedikit sukar

Dalam pada itu, komanden operasi, Yusmizan Yusof memaklumkan yang pihak mereka telah menerima panggilan jam 11.31 pagi tadi daripada pihak hotel berhubung kejadian tersebut.

Susulan daripada itu, seramai 13 anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan kekuatan lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu digerakkan ke lokasi kejadian serta merta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, Yusmizan mengakui bahawa pasukan mengalami sedikit kesukaran untuk mencari dan menyelamat mangsa memandangkan ombak begitu kuat.

“Usaha pencarian menggunakan teknik surface searching pagi tadi gagal menemukan mangsa.
“Jadi kita akan teruskan pencarian di sekitar 20 meter dari pantai,” jelasnya.

 Isteri Tak Sempat Selamatkan Suami Hanyut

Kredit foto: Urus Setia Penerangan Darul Iman -UPDI 

Beliau juga sempat berpesan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati berada di pinggir pantai memandangkan musim tengkujuh belum lagi berakhir.

Sumber: Sinar Harian (Nurfardlina Izzati Moktar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota...

Sosial

Aktivis masyarakat, Tamim Dahri menafikan dakwaan menghina simbol suci agama Hindu selepas videonya memijak dan membengkokkan trisula atau soolam tular di media sosial sejak...

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd