Isteri kepada pemain bola sepak Venezuela, Héctor Bello iaitu Andrea dilaporkan maut selepas mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan anak perempuan mereka dalam kejadian gempa bumi yang melanda negara berkenaan,
Menurut laporan media tempatan dan perkongsian Bello di media sosial, Andrea ditemui maut di bawah runtuhan selepas kediaman keluarga mereka runtuh akibat gegaran kuat di kawasan berhampiran ibu negara Caracas.
Bello berkata isterinya berjaya menyelamatkan anak mereka sebelum terkorban dalam kejadian itu.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan anak perempuan dan ibu saudaranya selamat dan sedang menerima rawatan di hospital.
Dalam hantaran berasingan, beliau meluahkan kesedihan atas tragedi berkenaan dan menyatakan kebingungan untuk menjelaskan kejadian itu kepada anaknya.
“Bagaimana saya hendak jelaskan kepada anak bahawa ibunya telah mengorbankan nyawa untuk menyelamatkannya, sedangkan saya tidak berada di sana untuk berbuat apa-apa?” katanya.
Media antarabangsa Univision melaporkan gempa bumi itu mengorbankan sekurang-kurangnya 920 nyawa, manakala lebih 3,000 lagi cedera.
Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di kawasan terjejas.
Sumber: BBC









































