Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Curang Di Klinik Kesihatan: Isteri Mohon Maaf Dedah Aib Di Media Sosial

Baru-baru ini, media sosial digemparkan dengan sebuah rakaman yang memaparkan seorang wanita mendedahkan kecurangan suaminya bersama wanita lain di sebuah klinik kesihatan.

Video tersebut pantas meraih perhatian ramai hingga tular di pelbagai platform, malah turut mengundang pelbagai parodi daripada netizen.

isteri

Namun, ketika isu itu masih hangat diperkatakan, isteri kepada lelaki terbabit tampil sekali lagi dengan kenyataan baharu menerusi media sosial. Dalam perkongsian tersebut, dia memohon maaf kepada semua pihak atas tindakannya sebelum ini.

Artikel lain:‘Dia Kawan Daddy’ – Diterjah Isteri, Suami Kantoi Teman Skandal Pergi Klinik

Advertisement. Scroll to continue reading.
Saya ingin memohon maaf atas ketelanjuran saya kerana berkongsi sesuatu yang sepatutnya menjadi urusan keluarga. Saya akui, tindakan itu didorong oleh emosi dan perasaan marah yang sukar saya kawal pada waktu berkenaan,” tulisnya.

isteri

Wanita berkenaan juga merayu agar orang ramai berhenti menonton dan menyebarkan rakaman terbabit kerana ia bukan sahaja mengaibkan dirinya dan suami, malah memberi kesan buruk kepada anak-anak serta ahli keluarga.

isteri

Dia menegaskan bahawa dirinya kini sedang berusaha menyelesaikan kemelut rumah tangganya dengan cara yang lebih wajar.

“Saya kini sedang berusaha menyelesaikan perkara ini melalui saluran yang betul. Saya berharap orang ramai dapat menghormati ruang peribadi saya, memberikan sokongan, serta mendoakan agar urusan saya dipermudahkan,” katanya.

Sumber: TikTok @izyanny

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd