Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Isteri Kelima Jutawan Dubai Terima Nafkah RM2.1 Juta Sebulan

Seorang wanita Thailand yang bernama Muna Al Sarunee mendedahkan dia menerima nafkah sehingga 1.7 juta dirham (RM2.1 juta) sebulan daripada suaminya yang merupakan seorang jutawan Dubai.

Menurut laporan Kosmo, walaupun dia merupakan isteri kelima hartawan dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengakui dia hanya perlu menghiaskan dirinya untuk menjadi cantik dan menghadiri apa-apa majlis bersama suaminya.

Jelas Muna, sebelum ini dia pernah mendirikan rumah tangga bersama bekas suaminya namun, telah berpisah dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Muna telah bertemu suami baharunya itu iaitu Ahmed Nu Al Sarunee pada tahun 2010 malah, dia pernah memberitahu tidak pernah tertarik dengan Ahmed walaupun seorang jutawan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, berbeza dengan pandangan Ahmed yang menyukai serta jatuh cinta dengan Muna disebabkan personaliti isterinya yang berdikari serta tabah.

Selepas menjalinkan hubungan selama empat tahun, akhirnya mereka telah berkahwin ketika usia Muna 60 tahun dan duduk dibawah sebumbung yang sama bersama dengan empat madu yang lain.

“Dalam keluarga Ahmed, banyak peraturan perlu diikuti. Antaranya adalah setiap kali menyertai aktiviti sosial atau sekadar bersarapan, semua anggota keluarga perlu memakai berlian, perhiasan, bersolek dan memakai pakaian mewah,” ujarnya.

Selain menerima nafkah 2.1 juta sebulan, dia dibantu oleh 16 pelayan untuk menguruskan kehidupannya setiap hari dan 20 pengawal yang menjaganya.

“Tugas harian saya adalah bersolek, berbelanja, pergi ke spa dan menemani suami menghadiri acara orang kaya. Saya sangat berpuas hati dengan kehidupan masa kini.
“Setiap hari saya tidak perlu melakukan apa-apa selain berpakaian cantik untuk dilihat suami,” katanya.

Pun begitu, Muna telah menetapkan syarat jika suaminya mahu berkahwin lagi, dia perlu menceraikan dirinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo 

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd