Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Isteri Diculik, Dikurung & Diseksa Selama 10 Hari Angkara Hutang Suami

Seorang wanita mengalami detik menakutkan apabila diculik, dikurung dan diseksa selama 10 hari oleh individu tidak dikenali angkara hutang suami.

Diculik di Pulau Pinang, jumpa di Shah Alam

Memetik laporan dari Harian Metro, wanita warganegara Indonesia itu telah diculik di Pulau Pinang sewaktu bercuti telah berjaya diselamatkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, JSJ Pulau Pinang dan JSJ Selangor di sebuah rumah di Shah Alam Selangor.

Menurut, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata, terdahulu seorang lelaki Indonesia membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Selangor yang mengatakan isterinya telah diculik dan mendakwa wanita itu dikurung serta dicederakan di lokasi yang tidak diketahui.

Suspek meminta wang berjumlah RM540,000 bagi melepaskan mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Guna kenderaan berlainan ketika culik, kurung & seksa

Bertindak atas maklumat, mangsa diselamatkan dalam Op Scorpion menerusi serbuan terhadap sebuah rumah di Shah Alam, Selangor, pada jam 5.10 pagi.

Mereka menggunakan kenderaan berlainan untuk membawa mangsa ke Shah Alam supaya pergerakan sukar dikesan.

“Turut diselamatkan ialah seorang lagi lelaki yang mendakwa dikurung kerana gagal menjelaskan hutang dan kedua-dua mangsa masing-masing berusia 36 dan 27 tahun,” katanya dalam sidang media.

14 suspek ditahan

Susulan daripada itu, pihak berkuasa telah  berjaya menahan 14 suspek  sekitar jam 6 pagi sehingga 10.30 malam hari yang sama untuk membantu siasatan.

Mereka ditahan di sekitar Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur dan Selangor dan ujian saringan air kencing terhadap semua suspek didapati negatif dadah manakala lima daripadanya mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Kesemua suspek termasuk dalang yang berusia 35 tahun direman selama tujuh hari sehingga 23 September bagi membantu siasatan,” katanya lagi.

https://www.facebook.com/PolisPulauPinang/posts/pfbid0RipqdVKZ47EEwnnFyiRjzyy3a7dK2Ybex9SKG7DRyVq8zTpWSaZUtv8KH4wBpzrRl

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka terdiri daripada 10 lelaki dan dua orang wanita warganegata tempatan serta dua warga asing yang berusia sekitar 23 hingga 70 tahun.

Turut dirampas ialah empat kereta, telefon bimbit, pengikat kabel (cable tie), jarum, batang besi, rantai besi, getah paip dan wang tunai berjumlah RM4,800.

Alami kecederaan fizikal namun stabil

Difahamkan, pengadu yang merupakan suami kepada mangsa culik adalah seorang kontraktor di Malaysia dan telah berhutang dengan suspek.

Namun, dia telahpun melunaskan  RM50,750 menerusi dua transaksi namun isterinya masih lagi belum dibebaskan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, terdapat kesan luka pada tangan mangsa dipercayai dicucuh dengan puntung rokok manakala kuku pula diumpil menggunakan jarum selain kaki dan tangan turut diikat menggunakan pengikat kabel serta rantai besi.

“Polis masih menjalankan siasatan sama ada suspek mempunyai kaitan dengan sindiket along. Hutang perlu dijelaskan, tetapi cara yang dilakukan suspek tidak wajar,” katanya.

 

Mangsa jenayah angkara hutang suami itu kini masih dirawat di hospital serta berada dalam keadaan stabil dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.

Sumber: Harian Metro (Zuhainy Zulkiffli), Facebook PDRM Pulau Pinang

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun dalam pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain...

Spotlight

Pelakon Jennifer Coppen titip ucapan terima kasih kepada semua orang yang hadir ke acara menabur abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink di Pantai Lembeng,...

Bisnes

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, Shopee Pte Ltd (Shopee) mengumumkan akan menyemak semula yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus...

Nasional

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak menghentikan penyebaran poster atau perkara tidak rasmi berkaitan atlet negara di media sosial yang akan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd