Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Istana Budaya Tawar Konsert Muzik Klasikal, Harga Tiket Serendah RM30

Peminat orkestra muzik klasik berpeluang menonton konsert A Celebration of Classical Music Lambang Sari Series 2023 yang dipersembahkan di pentas berprestij Istana Budaya dengan harga tiket serendah RM30.

Dengan bertemakan western classical music, persembahan orkestra muzik klasikal barat ini merangkumi empat siri persembahan dengan memainkan lagu-lagu ciptaan barat yang terkenal.

Menurut Ketua Pengarah istana Budaya, Puan Zubaidah Mukhtar memaklumkan “A Celebration of Classical Music ini bakal memberi penonton persembahan orkestra, muzik dari era ‘Barouque’, ‘Classical’ hinggalah ke era ‘Romantique’.”

Bukan itu sahaja, Prinsipal Kanan OSK yang merupakan Konduktor OSK, Encik Nasran bin Nawi, berharap dapat membawa satu kelainan berbanding LSS sebelum ini dengan menampilkan tiga soloist pada siri yang berbeza dan string orchestra OSK.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Menariknya LSS 2023 mampu memberikan kesegaran halwa telinga khusus buat peminat muzik klasikal barat di Malaysia.” ujarnya.

Difahamkan, persembahan LSS 2023 siri ketiga dimeriahkan pula dengan OSK mengetengahkan string orchestra dalam membawa lagu-lagu ciptaan Josef Suk dan Tchaikovsky.

Seramai 25 orang pemuzik OSK dan 10 orang pemuzik jemputan akan turut terlibat dalam menyemarakkan lagi LSS 2023 di pentas Panggung Sari, Istana Budaya.

Manakala keistimewaan bagi LSS 2023 siri keempat pula bakal menampilkan full orchestra mengiringi seorang soloist piano iaitu Celestin Yoong Qian Yi yang juga merupakan alumni program PERMATA Seni Muzik.

Gabungan persembahan OSK dan soloist piano untuk siri ini pastinya memberikan kenangan yang terindah kepada pengunjung dengan memainkan lagu-lagu dari ciptaan Felix Mendelssohn dan Mozart.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk pengetahuan, orang ramai boleh dapatkan tiket untuk LSS siri ketiga pada 21 Oktober 2023 dan 18 November 2023 untuk LSS siri keempat dan waktu persembahan bermula pukul 8:30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya.

Tiket persembahan dijual dengan harga flat rate iaitu serendah RM30. Orang ramai boleh membuat tempahan tiket di laman sesawang Istana Budaya https://www.istanabudaya.gov.my .

Untuk maklumat lebih lanjut, orang ramai boleh layari portal dan di setiap platfom media sosial Istana Budaya atau menghubungi Unit Promosi, Istana Budaya di talian 03-4026 5555.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd