Istana Budaya bakal mengadakan konsert muzik klasikal iaitu konsert A Celebration of Classical Music Lambang Sari Series 2023 bertempat di panggung Sari dengan harga tiket serendah RM30, pada bulan depan.
Menurut laporan Malay Mail, Ketua Pengarah Istana Budaya, Zubaidah Mukhtar memaklumkan harga rahmah tersebut diharap dapat menarik lebih ramai penonton daripada pelbagai lapisan masyarakat bagi menikmati konsert itu.
“Kita juga mahu memenuhi hasrat kerajaan yang mahu rakyat menikmati tiket dengan harga berpatutan ataupun harga Rahmah selain sempena meraikan ulang tahun ke -30 Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK).
“Biasanya harga untuk tiket konsert orkestra ini paling murah pun sekitar RM180, tapi kita mahu memberi pendedahan kepada semua golongan masyarakat,” katanya.
Difahamkan, konsert orkestra bertemakan western classical music itu bakal membuat empat ciri mempersembahkan dengan memainkan lagu-lagu barat popular.
Zubaidah berkata siri pertama akan berlangsung pada 8 Julai ini manakala siri kedua pada 9 Sept, siri ketiga (21 Okt) dan siri keempat (18 Nov). Persembahan akan bermula pada 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya.
Setiap siri menampilkan lagu berbeza selain mengetengahkan pemain solo (soloist) berlainan dan antara lagu yang bakal dipersembahkan adalah lagu ciptaan Bach, Mozart dan Dittersdorf Harp Concerto melibatkan 25 pemuzik OSK dan 10 pemuzik jemputan.
“Walaupun harga tiket murah, kualiti persembahan tetap bertaraf terbaik.
“Panggung Sari mampu menampung sehingga 1,300 penonton pada satu masa dan kita galakkan penonton untuk membeli pakej promosi dengan harga RM100 meliputi keempat-empat persembahan di laman web Istana Budaya,” jelasnya.
Sumber: Malay Mail