Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ismail Yusop Dilantik Sebagai KP JKOM Baharu

Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Datuk Ismail Yusop dilantik sebagai Ketua Pengarah (KP) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) yang baharu.

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan Bernama, AKM memuat naik hantaran ucapan tahniah menerusi akaun Facebook pada Khamis atas pelantikan bekas Ahli Dewan Negara itu.

KP JKOM

Foto: Facebook Akademi Kenegaraan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Seluruh warga kerja Akademi Kenegaraan (AKM) mengucapkan sekalung tahniah kepada Datuk Ismail Yusop atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah JKOM, Kementerian Komunikasi. 
“Semoga diberi kesihatan yang baik dan dipermudah segala urusan dalam menjalankan tanggunjawab dan amanah yang diberikan,” tulis hantaran tersebut.

Ismail menggantikan Dr Mohd Khairuddin Othman yang ditamatkan perkhidmatan pada September 2024 selepas memegang jawatan itu sejak 1 Mac tahun sama.

Foto: Facebook Fahmi Fadzil

Sementara itu, pelantikan tersebut disahkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Artikel lain: Jawatan KP JKOM Akan Diisi Secepat Mungkin – Fahmi

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ya, sahih,” kata Fahmi ringkas melalui aplikasi WhatsApp ketika ditanya Malaysiakini mengenai perkara itu, hari ini.

Sumber: BERNAMA, Malaysiakini (N Faizal Ghazali)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Malaysia bakal merintis perkhidmatan feri penumpang elektrik sepenuhnya yang pertama beroperasi secara komersial merentasi laut terbuka menerusi Projek Feri Elektrik Langkawi, yang dirancang menghubungkan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd