Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Iran Umum Selat Hormuz Ditutup, Semua Kapal Sekutu Musuh Dilarang Masuk

Pasukan Pengawal Revolusi Islam (IRGC) pada Jumaat mengeluarkan arahan rasmi bahawa Selat Hormuz kini ditutup dan semua kapal yang bergerak dari atau ke pelabuhan sekutu musuh Iran dilarang.

Rasmi tutup Selat Hormuz

Memetik laporan daripada Sinar Harian, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Perhubungan Awam IRGC, tindakan itu susulan apa yang digambarkan sebagai “pembohongan Presiden Amerika Syarikat yang korup” mengenai status keterbukaan selat strategik tersebut.

 “Pagi ini, tiga kapal kontena dari pelbagai negara cuba memasuki koridor yang dibenarkan untuk kapal sah tetapi telah dihalang dan diarahkan berpatah balik oleh Tentera Laut IRGC,”

Kapal dari atau ke pelabuhan sekutu haram lalu Selat Hormuz

Dalam pada itu, IRGC menegaskan bahawa  “sebarang pergerakan dalam Selat Hormuz akan dihadapi dengan tindak balas keras.”

Selain itu, transit kapal “dari atau ke” pelabuhan sekutu dan penyokong musuh Zionis-Amerika, tidak kira destinasi atau koridor yang digunakan, diharamkan sepenuhnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Iran Benar Kapal Minyak Malaysia Lalui Selat Hormuz, PM Anwar Ucap Terima Kasih

Difahamkan, langkah ini menambah ketegangan di kawasan Teluk yang strategik, yang mana kira-kira 20 peratus pengeluaran minyak global dan gas asli cecair melalui Selat Hormuz setiap hari.

Kenyataan IRGC itu dijangka memberi impak besar terhadap pasaran tenaga global, terutamanya ketika harga minyak telah melonjak susulan konflik di Asia Barat.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd