Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Iran Benar Kapal Minyak Malaysia Lalui Selat Hormuz, PM Anwar Ucap Terima Kasih

Malaysia menyambut baik keputusan Iran yang membenarkan kapal minyak negara melalui Selat Hormuz, sekali gus memastikan perjalanan pulang pekerja terlibat dapat diteruskan dengan lancar.

Keputusan yang amat membantu dalam situasi mencabar

Memerusi Perutusan Khas Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan keputusan awal yang diberikan oleh Presiden Iran, Masoud Pezeshkian amat membantu dalam situasi semasa yang mencabar.

“Saya ambil kesempatan juga ucapkan terima kasih kepada Presiden Iran (Masoud Pezeshkian), kerana awal memberi laluan dan sekarang kita dalam proses untuk melepaskan kapal minyak Malaysia dan pekerja yang terlibat supaya dapat meneruskan perjalanan mereka pulang,” katanya dalam Perutusan Khas mengenai langkah strategik menangani krisis tenaga berikutan perang di Asia Barat hari ini.

Akui Malaysia terkena tempias konflik

Dalam masa sama, beliau mengakui Malaysia turut menerima tempias daripada konflik di rantau berkenaan, khususnya susulan penutupan Selat Hormuz yang memberi kesan kepada bekalan tenaga global.

“Tapi untuk kita sekarang, kita terpaksa tangani kerana kesan daripada sekatan di Selat Hormuz, kemudian peperangan, bekalan minyak dan gas yang terhenti, semuanya ada kesan kepada kita, walaupun sekali lagi saya katakan, kita dalam keadaan yang jauh lebih baik kerana keupayaan PETRONAS selama ini,” katanya.

Negara tak terkecuali hadapi kesan krisis

Menurut beliau, kerajaan tetap mengambil langkah sewajarnya memandangkan negara tidak terkecuali daripada kesan krisis tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bekalan makanan terjejas, harga tentunya akan meningkat. Baja juga begitu, tentunya minyak dan gas. Jadi, ada langkah-langkah yang perlu kita ambil.
“Ada negara-negara yang jauh lebih parah kesannya dari kita, tetapi ini tidak bermakna kita terlepas semuanya sekali,” katanya.

Artikel lain: Malaysia Sambut Baik Tawaran Pakistan Anjur Dialog AS-Iran

Sehubungan itu, Anwar menyeru rakyat agar memahami pendekatan kerajaan dalam menangani tekanan semasa demi memastikan kestabilan negara terus terpelihara.

“Dan kita nak ambil beberapa juga langkah yang saya mohon sangat-sangat kerjasama rakyat supaya memahami. Ini langkah yang kita ambil, terpaksa ambil kerana tekanan yang kita hadapi dan saya percaya ada yang akan membuat pelbagai tohmahan dan tafsiran yang tak boleh kita elak.

“Tapi percayalah, saya tidak mahu rakyat merasa tertekan dan langkah-langkah kita itu sangat teliti dan berhemah,” katanya.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Dunia

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, melancarkan kempen ‘Thai Help Thai’ bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menurunkan harga lebih 3,000 barangan keperluan harian...

Sosial

Seorang Profesor dan Pakar Perunding Kanan Ortopedik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mohd Yazid Bajuri, mencipta sejarah apabila menghasilkan kaki palsu mesra Muslim...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd