Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Insiden Rakaman Rumah Urut Libatkan Penyanyi, Exco Selangor Mohon Maaf Akui Tiada SOP Jelas

Kerajaan negeri mengakui belum ada prosedur operasi standard (SOP) yang jelas berhubung insiden menimpa seorang penyanyi wanita yang mendakwa imejnya dirakam dalam keadaan kurang sopan ketika operasi penguatkuasaan rumah urut di Subang Jaya, baru-baru ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim berkata, beliau secara peribadi menyatakan kekesalan dan permohonan maaf berhubung insiden tersebut sehingga menjadi tular.

Adun Speaks: Welcome to my beautiful Sekinchan - Selangor Journal

Foto: Selangor Journal

Beliau berkata, bagaimanapun ia mungkin kesilapan atau salah faham antara kedua-dua belah pihak.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pihak penguatkuasaan pergi ke situ untuk jalankan operasi. Kita belum ada SOP yang jelas bagaimana buat penguatkuasaan tentang rumah urut tidak berlesen dan sebagainya. Apa yang berlaku dan saya dimaklumkan rumah urut tersebut tidak berlesen.
“Saya tidak menyalahkan penyanyi itu dan faham beliau mungkin tercabar dengan kehormatan dan sebagainya. Mungkin keperibadian dan hak serta sebagainya, itu saya faham apa yang dinyatakan suara hati beliau,” katanya pada sidang akhbar berkenaan cukai taksiran tahun 2025 di Shah Alam hari ini.

Penyanyi Rap Wanita Dakwa Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan Rakam Dirinya Hanya Bertuala Di Pusat Urut

Foto: Carian Google

Justeru, Suee Lim menjelaskan beliau akan cuba menyelesaikan isu tersebut dengan cara berhemah dan mengambil tindakan sewajarnya dalam mengelakkan kejadian sama.

“Dalam bab ini, memang ada salah faham sehingga ada pergaduhan dalam itu ( premis tidak berlesen) antara penguatkuasa dan artis itu sendiri,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, implementasi penggunaan kamera badan di kalangan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dilaksanakan mengikut kadar kewangan PBT.

 Foto: TikTok al_boeboes

Advertisement. Scroll to continue reading.
“(Adakah akan diwajibkan kamera badan) perbincangan dan libat urus akan dilakukan bersama PBT dengan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap (STANCO) akan dibuat Januari dan Februari depan. Saya tidak boleh buat keputusan ad-hoc sebab belum duduk dengan mereka,” jelasnya.

Terdahulu, tular rakaman video dimuat naik seorang penyanyi rap mendakwa terdapat beberapa anggota penguat kuasa merakam dirinya yang tidak berpakaian ketika sedang berurut di premis berkenaan.

Sumber: Sinar Harian (Norafiza Jaafar)

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun tiga bulan, Muhammad Asyraf Rayyan yang menghidap penyakit lebihan cecair dalam kepala (hidrosefalus) sejak dilahirkan, menghembuskan nafas terakhir pada...

Sosial

Seorang wanita warga Indonesia tampil mendakwa menjadi mangsa kecuaian doktor perubatan selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di Malaysia tanpa persetujuan bertulis, selain...

Lokal

Seorang pemandu van warga Thailand direman empat hari susulan kemalangan maut yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat Napoh, Jitra malam...

Lokal

Motif sebenar kes guru besar dan isteri yang ditemukan maut di sebuah rumah di Sri Aman masih dalam siasatan, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd