Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Insiden Letupan Di Lubnan, ATM Sahkan Enam Anggota MALBATT Cedera Ringan

Seramai enam anggota Batalion Malaysia (MALBATT) disahkan mengalami kecederaan susulan insiden letupan yang berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan.

Foto: AFP

Menurut kenyataan ATM, insiden letupan itu berlaku pada 7 November jam 7.54 malam bersamaan 1.54 tengah hari waktu Lubnan.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ketika pasukan MALBATT 850-12 dalam perjalanan dari Beirut ke Kem Marakah apabila letupan yang menyasarkan sebuah kenderaan awam turut menjejaskan bas yang membawa anggota pasukan Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Akibat kejadian tersebut, seramai enam orang anggota MALBATT 850 mengalami kecederaan iaitu lima anggota melibatkan MALBATT 850-12 mengalami pelbagai cedera ringan termasuk seorang yang mengalami kecederaan di bahagian tangan dan seorang lagi melibatkan anggota MALBATT 850-11 yang juga mengalami cedera ringan.
“Anggota yang cedera di tangan telah segera dibawa ke Hospital Hamood di Saida untuk mendapatkan rawatan oleh Pegawai Perubatan MALBATT 850-11,” katanya

Foto: AFP

ATM menegaskan bahawa mereka akan terus memantau perkembangan situasi dengan teliti dan akan mengeluarkan kenyataan berkala mengenai insiden tersebut.

Dalam kenyataan akhir, ATM menekankan komitmen berterusan mereka dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan anggota yang sedang melaksanakan misi pengaman di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd