Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Inisiatif Intervensi Sosial Diteruskan Menerusi Program Projek Reben Kuning – KBS

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) meneruskan inisiatif intervensi sosial menerusi Program Projek Reben Kuning bagi tahun 2024.

Program dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia tersebut  dianjurkan untuk memberi peluang kedua kepada prospek belia serta penghuni Sekolah Henry Gurney menerusi program-program latihan pembangunan kemahiran yang mempunyai pasaran kerjaya dan peluang keusahawanan.

Foto: Facebook Jabatan Penjara Malaysia

“Program Projek Reben Kuning bagi tahun 2024 mempunyai objektif seperti menyediakan program pembangunan kemahiran bagi membantu peserta mendapat pekerjaan dan kemudiannya menjalani kehidupan yang lebih baik setelah tamat tempoh tahanan.
“Seterusnya, dapat memperkukuh jalinan kerjasama rentas agensi kerajaan dalam pelaksanaan inisiatif intervensi sosial belia dan membina persepsi positif masyarakat terhadap prospek belia serta penghuni Sekolah Henry Gurney seterusnya membantu mereka untuk membina kehidupan lebih baik,” kata KBS dalam satu kenyataan hari ini.

Foto: Facebook Jabatan Penjara Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

KBS juga memaklumkan sebanyak 22 kursus latihan kemahiran akan ditawarkan di seluruh negara yang melibatkan 300 orang peserta bagi edisi tahun ini bermula Julai hingga Ogos 2024.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh telah beramah mesra dengan peserta program Projek Reben Kuning Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2024 di Penjara Wanita Kajang hari ini.

“Seramai 20 orang prospek belia wanita dari Penjara Wanita Kajang telah selesai mengikuti Kursus Terapi Urutan Sukan Golf dan Kursus Asas Operasi Kedi Golf di bawah Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG), KBS yang telah dijalankan dari 7 hingga 10 Julai 2024,” ujar KBS lagi.

Foto: Facebook Jabatan Penjara Malaysia

Dalam majlis tersebut, Hannah turut menyampaikan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Gangsa  kepada 6 orang prospek belia wanita di Penjara Wanita Kajang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“ARPRM merupakan sebuah program ikonik bertaraf antarabangsa yang mengguna pakai model The Duke of Edinburgh’s International Award khas untuk belia berusia antara 14 hingga 25 tahun.

Foto: Facebook Jabatan Penjara Malaysia

“Untuk mendapat tahap gangsa, peserta perlu melengkapkan beberapa komponen termasuklah Kemahiran, Rekreasi Fizikal, Penjelajahan Lasak dan Khidmat Masyarakat,” jelas KBS lagi.

Pelaksanaan projek itu diharap dapat menjadi platform perubahan terbaik kepada peserta terutamanya kumpulan belia berisiko seterusnya memperkukuh ekosistem pembangunan belia selaras dengan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM 2030) dan kerangka Malaysia MADANI.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd