Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Ingat Pesan Guru Agama, Penyanyi Indonesia Kekal Pakai Songkok Elak Godaan

Walaupun namanya belum terlalu dikenali, namun penyanyi Indonesia, Valdy Nyonk telah beberapa kali mencuri tumpuan warganet Malaysia apabila menyanyikan semula lagu dari beberapa band terkenal Tanah Air dan viral di media sosial.

Penampilannya yang dilihat unik apabila kerap memakai songkok setiap kali menyanyi telah menjadi pertanyaan netizen.

Rakan segan nak buat ‘hal’ kalau nampak imej begitu

Menerusi perkongsian dari Mstar, Valdy memaklumkan penampilannya itu adalah salah satu pesanan guru agama memandangkan dia merupakan pelajar sekolah pondok atau pesantren di Indonesia.

“Satu pesan guru saya yang saya masih ingat… ke mana saja saya berjalan, saya kena tahu dunia muzik ini banyak dugaan.
“Salah satu yang boleh menjaga saya dari melakukan hal-hal yang buruk ialah songkok.
“Jadi kalau saya sedang bersama rakan yang ‘minum’ apabila mereka melihat pemakaian saya mereka berasa segan untuk pelawa saya,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Boleh nyanyi semua genre kecuali metal

Bercerita tentang genre muzik yang dipilih, Valdy mengakui dia boleh sahaja membawakan apa sahaja genre kecuali metal kerana tidak bersesuai dengan karakter suara serta imejnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia yang mengidolakan ramai artis Malaysia antaranya Dato’ M.Nasir mengakui bahawa karya komposer serta artis negara ini banyak diminati oleh rakyat Indonesia.

Buktinya, semakin kerap lagu Malaysia dirakam ulang dengan susunan baru dan mendapat sambutan di media sosial.

 

Sumber: Mstar (Amin Hazlan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd