Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Influencer Dakwa Tiada Zuriat Faktor Wanita Awet Muda, Anggap Anak Itu Beban

Baru-baru, seorang influencer dari Indonesia yang dikenali sebagai Gita Savitri menjadi buah mulut netizen di media sosial gara-gara mendakwa wanita yang sudah berkahwin dan tidak mempunyai anak adalah salah satu faktor menjadi awet muda.

Bukan itu sahaja, menerusi laporan Astro Gempak, Gita berpendapat wanita tanpa anak dapat tidur yang cukup iaitu selama lapan jam tanpa gangguan daripada anak.

Difahamkan, kenyataan yang dikeluarkan oleh Gita selepas menjawab sebuah komen daripada pengikutnya di Instagramnya telah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

 “Saya yang berumur 24 tahun pun kalah dengan Kak Gita, padahal sudah berusia 30 tahun. Awet muda sangat ni,” ujar komen seorang individu.

Disebabkan itu, Gita yang berusia 30 tahun telah membalas komen individu tersebut dengan memaklumkan tidak mempunyai anak adalah cara smulajadi untuk mengekalkan awet muda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apa yang mengejutkan ramai, Gita dan suaminya, Paul Andre pernah mendedahkan kepada umum menerusi siara langsung bersama pengikutnya di laman sosial memberitahu mereka tidak mahu mempunyai anak dan menganggap ia sebagai beban.

“Anda boleh tidur lapan jam sehari dan tidak tertekan mendengar jeritan anak. Pada saat wajah berkedut, kita ada duit untuk melakukan botoks.
“Iya, bagi saya anak itu beban. Bagi korang anak itu anugerah, buat saya beban sebab itu saya tak mahu untuk mempunyai anak,” jelasnya lagi.

Sekadar info, Gita pernah mendedahkan dia dan suaminya telah membuat keputusan untuk tidak mempunyai zuriat pada tahun 2021 lalu.

Sumber: Astro Gempak (Maliah Surip)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd