Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Inflasi Malaysia Kekal 1.5 Peratus Pada Disember 2023

Kadar inflasi keseluruhan Malaysia kekal 1.5 peratus pada Disember 2023 dengan mata indeks berada pada  131.2 mata berbanding 129.2 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata berlaku  peningkatan yang perlahan dalam restoran dan  hotel, (3.7 peratus; November 2023: 4.3 peratus); pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.7 peratus; November 2023: 2.3 peratus) serta  makanan dan minuman bukan alkohol (2.3 peratus; November 2023: 2.6 peratus).

Inflasi Malaysia kekal 1.5 peratus

Artikel lain: Penjualan Arak: Kesejahteraan Rakyat Atau Manfaat Ekonomi?

“Kumpulan utama lain yang menunjukkan peningkatan adalah kesihatan (2.5 peratus; November 2023: 2.3 peratus) dan pengangkutan (0.3 peratus; November 2023: 0.1 peratus),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Inflasi keseluruhan secara tahunan pada 2023 meningkat 2.5 peratus berbanding 3.3 peratus pada 2022.

Advertisement. Scroll to continue reading.

DOSM berkata ini didorong oleh kenaikan 5.6 peratus dalam kumpulan restoran dan hotel (2022: 5.0 peratus); 4.8 peratus dalam makanan dan minuman bukan alkohol, (2022: 5.8 peratus) dan 2.4 peratus dalam pelbagai barangan dan perkhidmatan (2022: 2.0 peratus).

Ia berkata inflasi keseluruhan secara bulanan menunjukkan kenaikan 0.2 peratus (November 2023: 0.0 peratus) dengan beberapa kumpulan terus mencatatkan peningkatan secara bulanan antaranya perkhidmatan rekreasi dan  kebudayaan pada 0.4 peratus, makanan dan  minuman bukan alkohol (0.3 peratus) dan pengangkutan (0.3 peratus).

Sementara itu, inflasi teras meningkat lebih perlahan kepada 1.9 peratus pada Disember 2023 (November 2023: 2.0 peratus) dan masih melepasi inflasi keseluruhan Malaysia pada 1.5 peratus.

Ini didorong oleh kumpulan restoran dan hotel serta makanan dan minuman bukan alkohol yang masing-masing mencatatkan peningkatan sederhana 3.7 peratus dan 3.2 peratus pada Disember 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi perbandingan dengan negara-negara terpilih, inflasi di Malaysia (1.5 peratus) adalah lebih rendah berbanding Filipina (3.9 peratus), Vietnam (3.6 peratus), Amerika Syarikat (3.4 peratus), Korea Selatan (3.2 peratus), Zon Eropah (2.9 peratus) dan Indonesia (2.6 peratus).

Bagaimanapun, kadar tersebut lebih tinggi berbanding Thailand (-0.8 peratus) dan China (-0.3 peratus)

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Sukan

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah menyifatkan Muhammad Hakim Danish Ramli sebagai antara prospek terbaik sukan permotoran negara ketika ini kerana memiliki kemampuan untuk bersaing...

Nasional

Warganegara Malaysia bakal menikmati pasport dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun pada kadar bayaran RM350 yang dijangka dilaksanakan tahun ini. Ketua Pengarah Imigresen,...

Dunia

Pemerintah Brunei mengumumkan rombakan Kabinet secara besar-besaran dengan mewujudkan portfolio utama baharu serta melantik dua puteranya sebagai menteri, lapor portal berita Al-Monitor. Rombakan tersebut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd