Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Industri K-Pop Dipenuhi Bintang Baharu, RAIN Pertimbang Untuk Bersara

Penyanyi dan pelakon, RAIN baru-baru ini mendedahkan bahawa dirinya sedang memikirkan untuk bersara dari dunia nyanyian menerusi episod baharu rancangan YouTube miliknnya ‘Season B Season’ pada 28 Mac lalu.

Video itu menunjukkan RAIN sedang melawat Cheongdam-dong, Seoul untuk melihat bangunan yang pernah menjadi ibu pejabat JYP Entertainment, agensi  pertama tempatnya dilatih dan membuat debutnya sebagai penyanyi.

Dalam pada itu, suami kepada pelakon Kim Tae Hee itu dilihat pergi ke kedai kopi dengan penerbit rancangan dan berkongsi pemikirannya baru-baru ini tentang persaraan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Baru-baru ini saya tertanya-tanya sama ada kerjaya saya masih masih boleh diteruskan atau sudah tiba masanya untuk dihentikan.
“Saya bersyukur dengan pekerjaan ini, tetapi saya tidak dapat mengelak daripada tertanya-tanya sama ada saya melakukan perkara yang betul.
“Maksud saya, saya Saya tidak pasti sama ada keaktifan saya dalam industri itu masih diperlukan apabila terdapat begitu ramai bintang lain.”, kata RAIN menerusi video tersebut.

Foto: Forbes

Dalam pada itu, penerbit menghiburkan Rain dan menjelaskan dengan memberikan contoh Park Ji Sung iaitu pemain bola sepak terkenal Korea mempertaruhkan segala-galanya semasa kecemerlangannya, itulah sebabnya dia tidak boleh bermain bola sepak lagi.

“Mungkin perasaan itu adalah yang sama kerana anda juga berlari dengan cepat (dalam masa keemasan awak) dan awal akan menjadi lebih perlahan seiring berjalan waktu,” kata penerbit tersebut.

Untuk rekod, RAIN telah menghasilkan lebih dari sepuluh album sepanjang kerjayanya bergelar penyanyi serta pernah membintangi tujuh filem dan 14 drama televisyen.

Penyanyi dengan lagu It’s Raining itu pernah beberapa kali melakukan konsert di Asia seperti Rain Effect China Concert Series (2014) dan The Squall World Tour (2015–2016) manakala Rain’s Coming World Tour (2006–2007) dan Legend of Rainism Tour (2009–2010) untuk konsert jelajah dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: YouTube Season B Season

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Sosial

Pempengaruh media sosial, View Chin, meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas isterinya, Shermine Ah Moi, yang didakwa sengaja menghalangnya daripada bertemu dengan...

Dunia

Israel dilaporkan tidak membenarkan umat Islam menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, dengan alasan sekatan keselamatan susulan konflik berterusan...

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd