Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Indonesia Naik Sembilan Anak Tangga, Pintas Kedudukan Malaysia Di FIFA Dunia

Kejayaan Indonesia menewaskan Vietnam pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 semalam telah memberikan pulangan besar dari segi mata ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Menurut laporan Sinar Harian, melihat pengiraan tidak rasmi laman Footranking, Indonesia naik sembilan anak tangga ke kedudukan ke-133 susulan dua kemenangan tersebut selepas memungut 30.04 mata.

Beberapa hari lalu, Skuad Garuda itu berada di kedudukan 138 dunia selepas mengutip mata sebanyak +15.37 apabila menewaskan Golden Star Warriors 1-0 di Stadium Gelora Bung Karno, menjadikan jumlah mata keseluruhan yang dikumpulkan oleh Indonesia ialah sebanyak 1102.7 sekaligus membantu memotong kedudukan ranking Malaysia.

Foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Harimau Malaya pula jatuh lima anak tangga selepas tewas dua perlawanan kepada Oman juga dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, berdepan kekalahan 0-2 kepada Oman menyebabkan Malaysia kehilangan mata sebanyak -7.68 dan dijangka turun 3 anak tangga sehingga di kedudukan 137 dunia.

Jumlah mata keseluruhan yang dikumpul oleh skuad Harimau Malaya setakat ini ialah 1096.22 dan kembali semula ke kedudukan keempat ASEAN di belakang Thailand, Vietnam dan Indoensia, namun kedudukan rasmi ranking setiap negara akan dikeluarkan oleh FIFA pada bulan April nanti.

Foto: Bernama

Indonesia yang dikendalikan oleh Shin Tae Yong mengalami peningkatan prestasi sejak diperkuatkan oleh beberapa pemain naturalisasi yang berkualiti dari kelab luar negara dan tidak mustahil mereka akan melonjak sehingga berada dalam kelompok 120 dunia jika konsisten mencatat keputusan positif dalam beberapa perlawanan akan datang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, kali terakhir Indonesia berada di atas Malaysia adalah pada Februari 2019 pada kedudukan 159 dunia berbanding Harimau Malaya ke-167.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Zakwan Nazaraly)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd