Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Indonesia Lancar Kereta Api Laju Pertama, ‘Whoosh’ Bernilai RM34.4 Bilion

Presiden Indonesia, Joko Widodo telah merasmikan landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) pertama di rantau Asia Tenggara bernilai AS$7.3 bilion (kira-kira RM34.4 bilion) di Stesen Kereta Api Halim, Jakarta pada Ahad.

Memetik laporan Reuters, landasan kereta api itu menghubungkan ibu kota Jakarta dengan Bandung dan projek ini merupakan salah satu projek infrastruktur utama yang disokong China.

Landasan kereta api sepanjang 142 kilometer itu merupakan salah satu projek infrastruktur utama presiden dan sebahagian daripada Inisiatif Jalur dan Jalan China.

Pelancaran kereta api yang diberi nama ‘Whoosh’ itu sepatutnya dijalankan pada tahun 2019, sasaran asal projek ini disiapkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, ia terpaksa ditunda atas beberapa isu seperti isu perolehan tanah, kelewatan akibat pandemik dan kos pembinaan yang meningkat.

Nama tersebut diilhamkan daripada bunyi kereta api berkelajuan tinggi memandangkan ‘Whoosh’ mencapai kelajuan maksimum 350 km sejam (km/j) selain merupakan pemodenan pengangkutan massa yang mesra alam.

Menteri Kanan yang menyelia projek itu, Luhut Pandjaitan berkata ketika majlis pelancaran, perjalanan percubaan percuma di atas kereta api telah dijalankan sejak minggu kedua September akan dilanjutkan.

Harga tiket bagi kereta api laju itu akan diumumkan pada pertengahan bulan Oktober.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Reuters

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemandu e-hailing yang tular selepas dipercayai memukul bekas isterinya di kawasan parkir awam di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi akhirnya ditahan polis...

Sosial

Hasrat sepasang kekasih yang bakal mendirikan rumah tangga minggu depan tidak kesampaian apabila wanita yang dinanti untuk bergelar isteri maut dalam kemalangan jalan raya...

Lokal

Polis menahan lima lelaki tempatan berusia dalam lingkungan belasan tahun hingga 20-an bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan dua remaja perempuan berusia 15 dan...

Sosial

Seorang wanita merayu bantuan orang ramai menerusi platform Threads untuk mengesan bekas suaminya yang didakwa menumbuk mukanya ketika proses penyerahan anak di Bangi, petang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd