Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Inara Rusli Dedah Kekasih Baharu Seorang Selebriti, Tak ‘Follow’ Wanita Di Media Sosial

Inara Rusli, 31, bekas isteri penyanyi Virgoun telah mendedahkan bahawa dirinya sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan teman lelaki baharunya yang merupakan sosok selebriti Indonesia juga.

Menurut laporan Mstar, selepas setahun bercerai, Inara Rusli dilaporkan sudah menemui pengganti dari syarikat seni Entertainment yang sama tetapi masih merahsiakan identiti lelaki berkenaan.

Bekas isteri penyanyi Virgoun itu menyatakan bahawa mereka telah lama berkenalan ketika terlibat sama dalam sebuah penggambaran, sejak itu hubungan mereka menjadi semakin akrab.

Foto: Hijabista

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ya, dia (kekasih) dalam kalangan selebriti. kami bertemu pertama kali ketika menjalani pengambaran bersama,” katanya.
Inara memerihalkan bahawa dia yakin teman lelaki baharunya itu akan ikhlas dalam mencintainya dan akan memberi komitmen yang setia terhadap hubungan mereka berdua.
Bukan itu sahaja, pelakon berusia 31 tahun ini lebih tertarik terhadap teman lelaki baharunya itu kerana lelaki berkenaan tidak mengikuti mana-mana lawan jantina (perempuan) di akaun sosial medianya.
Foto: InsertLive
“Dia seorang yang tidak pentingkan diri dan paling penting dia tak follow akaun perempuan di media sosial,” ujarnya.

Pelakon yang memiliki tiga orang cahaya mata ini juga mengakui bahawa dia dan teman lelaki baharunya telah bersedia untuk menjalin hubungan mereka dengan lebih serius dan Inara telah mendedahkan kehadiran lelaki berkenaan di hadapan anak-anaknya.

“Keluarga dan anak-anak semua sudah tahu, doakanlah. Kalau boleh semakin kita percepatkan semakin baik. Insya-Allah,” ujarnya.

Foto: Carian Google

Sekadar info, Inara dan Virgoun telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 tetapi mereka telah memutuskan untuk berpisah pada November 2023 ekoran daripada kes bekas suaminya yang telah mencuranginya berkali-kali.
Mereka juga telah dikurniakan tiga orang anak, iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya’ir Virgoun dan Terang Sharique Virgoun.
Sumber: Mstar

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd