Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Implan Neuralink Pertama Dimasukkan Dalam Otak Manusia – Elon Musk

Pengasas syarikat pemula cip otak Neuralink, Elon Musk memaklumkan pihaknya telah memulakan prosedur implan kepada manusia pertama pada Ahad lalu.

Maklumnya lagi, pesakit tersebut kini dilaporkan stabil dan semakin stabil selepas selesai menjalani prosedur implan ke dalam otaknya.

“Keputusan awal menunjukkan, pengesanan spike neuron yang menjanjikan,”ciap Musk di platform X, semalam.

Spike adalah aktiviti dari neuron yang disifatkan Institut Kesihatan Negara sebagai sel yang menggunakan isyarat elektrik dan kimia untuk menghantar maklumat di sekeliling otak dan badan.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerka Syarikat (AS), memberikan kebenaran syarikat itu tahun lalu untuk menjalankan percubaan pertamanya menguji implan itu pada manusia.

Memetik The Guardian, pada September lalu, Neuralink berkata, pihaknya menerima kelulusan untuk percubaan manusia bagi pesakit lumpuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

implan neurolink

Artikel lain: Elon Musk Rancang Buka Universiti, Taja Kewangan Pelajar Kurang Berkemampuan

Kajian itu menggunakan robot untuk meletakkan implan antara muka otak-komputer (BCI) secara pembedahan di kawasan otak yang mengawal niat untuk bergerak.

Katanya, ia membolehkan orang ramai mengawal kursor atau papan kekunci komputer dengan menggunakan fikiran mereka sahaja.

“Benang ultra halus implan membantu menghantar isyarat dalam otak pesakit,”katanya.

Produk pertama dari Neuralink akan dipanggil Telepathy, kata Musk lagi dalam hantaran berasingan di X.

 

Kajian PRIME permulaan adalah percubaan untuk antara muka komputer otak tanpa wayarnya untuk menilai keselamatan robot implan dan pembedahan.

Syarikat pemula itu menghadapi tuntutan untuk penelitian mengenai protokol keselamatannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Awal bulan ini, Reuters melaporkan, syarikat itu didenda kerana melanggar peraturan Jabatan Pengangkutan (DOT) AS berhubung pergerakan bahan berbahaya.

Syarikat Neuralink berkenaan dikatakan bernilai kira-kira AS$5 bilion (RM23.64 bilion) pada Jun lalu.

Namun, empat penggubal undang-undang meminta Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS untuk menyiasat sama ada Musk mengelirukan pelabur mengenai keselamatan teknologinya selepas rekod veterinar menunjukkan masalah dengan implan kepada monyet termasuk lumpuh, sawan dan bengkak otak.

Sumber: The Guardian, X Elon Musk

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Lokal

Rapid Bus sedang menjalankan siasatan berhubung insiden yang membabitkan sebuah bas perantara Aliran Transit Massa (MRT) dengan sekumpulan penunggang basikal yang tular di media...

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd