Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Impian Jadi Anjing Tercapai, Lelaki Kini Mahu Cuba Jadi Panda Dan Musang Pula

Seorang lelaki berasal dari Jepun yang pernah membelanjakan 14,000 dolar Amerika, kira-kira RM65,900 untuk mengubah dirinya menjadi seekor anjing kini menyatakan ingin berubah menjadi haiwan lain.

Menurut satu laporan KDTV, Toco melalui saluran Youtube miliknya menceritakan perjalanan menjadi baka anjing iaitu Collie dan mahu memenuhi impian zaman kanak-kanaknya untuk menjadi haiwan serta meneroka dunia luar sebagai anjing.

Foto: thedistin.com

”Anjing dan manusia mempunyai struktur tulang yang berbeza dan cara mereka membengkokkan kaki dan tangan mereka, menjadi anjing sangatlah sukar lebih-lebih lagi membuat pergerakan yang kelihatan seperti anjing,” katanya.

Sementara itu, Toko juga dilaporkan berkata bahawa dia kini mahu menjalani kehidupan sebagai haiwan lain sekali gus memberitahu empat jenis haiwan yang ingin dicubanya namun sedar dua daripadanya mungkin tidak dapat dilakukan atas sebab tertentu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: thedistin.com

“Saya sedang meneliti cara untuk menjadikan anggota badan saya kelihatan lebih seperti anjing. Selain itu, apabila mereka kotor, terdapat kotaran pada bulu, jadi ia memerlukan banyak usaha untuk membersihkannya selalu.
“Sudah tentu, saya akan suka menjadi haiwan lain juga, saya mungkin boleh menjadi anjing jenis lain, panda, atau beruang. Musang dan kucing juga bagus, tetapi mereka terlalu kecil untuk dicuba oleh manusia,” jelasnya.

Sementara itu, Toco turut memberitahu alasan memilih untuk berubah menjadi Collie kerana ia merupakan baka kegemarannya selain berkongsikan aktivitinya sebagai anjing.

Foto: thedistin.com

“Kegemaran saya ialah haiwan berkaki empat, terutamanya yang comel. Antaranya, saya fikir haiwan besar yang seperti saya (saiz) adalah baik, memandangkan ia akan menjadi model yang realistik, jadi saya memutuskan untuk menjadikannya anjing berambut panjang boleh mengelirukan figura manusia,” tambahnya lagi.

Untuk makluman, Toco tidak pernah berkongsikan maklumat peribadi sebenarnya kepada pengikut dan hanya memakai kostum anjing tersebut di setiap video salurannya Youtubenya tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: NDTV (Ritu Singh)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd