Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Identiti Tiga Mangsa Rentung Belum Dikenal Pasti, Kebakaran Berlaku Ketika Premis Tak Beroperasi

Identiti serta jantina tiga individu yang ditemui rentung dalam satu kebakaran di kilang memproses minyak masak di Kampung Olak Lempit masih belum dikenal pasti.

Menurut laporan Kosmo!Online, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata kejadian kebakaran itu berlaku ketika premis itu tidak beroperasi.

Difahamkan, ketiga-tiga mayat itu dijumpai sekitar jam 9.40 pagi sewaktu oleh pasukan bomba sewaktu pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian.

Identiti tiga mangsa rentung

Identiti tiga mangsa rentung

“Siasatan awal mendapati kilang berkenaan tutup dan tidak beroperasi. Jadi siasatan lanjut masih dijalankan (mengenai keberadaan ketiga-tiga mangsa itu),” katanya yang turut memaklumkan kesemua mayat telah dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat.

Ujar Akmalrizal, pihaknya terdahulu menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai kebakaran, kira-kira pukul 10.05 malam.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Susulan itu, kereta peronda (MPV) telah diarahkan ke lokasi bagi pengesahan dan tindakan awal.
“Hasil pemeriksaan awal mendapati kebakaran melibatkan sebuah kilang memproses minyak dan api turut merebak ke kilang bersebelahan yang memproses pembungkusan plastik. Api berjaya dikawal pada pukul 1.11 pagi,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta agensi berkaitan.

Artikel lain: Suami Isteri Dibunuh? Mayat Ditemui Anak Dalam Keadaan Tragis

Identiti tiga mangsa rentung

Sebelum ini, media melaporkan tiga mangsa ditemui rentung dalam kebakaran melibatkan sebuah kilang pemprosesan dan pengurusan sisa minyak yang musnah sepenuhnya di Kampung Olak Lempit malam tadi.

Dalam kejadian sama, dua lagi buah kilang turut terbakar, masing-masing pada tahap satu peratus dan lima peratus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo!Online (Mohd Yunus Yakkub)

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial rakaman video seorang wanita yang menemui suaminya dan perempuan lain sedang berduaan di pusat beli belah. Dalam perkongsian pertama sewaktu...

Dunia

Sebuah kapal tangki milik syarikat China yang tersenarai dalam sekatan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, sekali gus mencatatkan laluan...

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Sosial

Netizen mendakwa seorang wanita yang dibelasah dan dilanggar suaminya dalam kejadian tular sebelum ini ada meluahkan penantian menunggu lelaki tersebut keluar dari penjara. Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd