Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Tunggu2, dia masih tak tiba” -Ibu Pramugari Sebak ‘Hilang’ Anak Menjelang Aidilfitri

Ibu pramugari Batik Air, Iklil Nuraudah Muhammad Redzaa, 23, sebak apabila anak tersayaang maut dalam nahas di Kilometer (KM) 58.1 Lebuhraya PLUS arah selatan, malam Khamis.

Memetik laporan dari Sinar Harian kenderaan Iklil Nuraudah telah terbabit dalam perlanggaran melibatkan empat kenderaan, termasuk sebuah treler yang turut meragut nyawa empat individu lain dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam.

Ibu pramugari

Ibu pramugari sebak, anak dalam perjalanan jemput ibu bapa beraya di Sepang

Menurut ibunya, Mimi Sabrina Yusuf, 47, anak kedua daripada enam beradik itu dalam perjalanan pulang ke Pasir Gudang untuk membawa keluarga beraya di rumah sewanya di Sepang, Selangor.

“Jam 12 tengah malam, saya tunggu-tunggu, tapi dia masih tak tiba. Saya mula risau, takut ada perkara buruk berlaku.
“Pagi tadi, kira-kira jam 5 pagi, anak sulung saya telefon dan beritahu berita sedih ini,”katanya sebak ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik, Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, pada Jumaat.

Ibu pramugari sebak, anak baru sambut hari lahir 26 Mac lalu

Lebih memilukan, keluarga mereka sebenarnya merancang untuk menyambut ulang tahun kelahiran arwah pada 26 Mac lalu di rumah sewanya, namun hanya sempat mengirimkan ucapan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Nahas Kluang: Lima Termasuk Sepasang Suami Isteri, Anak Dua Tahun Maut

Arwah anak yang bertanggungjawab

Sementara itu, bapa arwah, Muhamad Redzaa Abu Hashim, 47, menyifatkan anaknya seorang yang bertanggungjawab dan penyayang terhadap keluarga.

“Dia selalu memberi wang belanja kepada kami, RM1,000 setiap bulan dan banyak membantu dalam urusan keluarga.
“Kami tak sangka kehilangan dia secepat ini, lebih-lebih lagi menjelang Aidilfitri,”katanya.

Jenazah dijangka dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Felda Taib Andak, Kulai.

Sebelum ini, media melaporkan lima individu, termasuk suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, maut dalam nahas membabitkan empat kenderaan di lokasi yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd