Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Anak Disyaki Maut Dipukul, Ibu Pelatih PALAPES Tuntut Siasatan Segera

Ibu kepada pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menuntut siasatan segera berhubung kematian anaknya ketika menjalani latihan di Pulada, Ulu Tiram, Johor, Isnin lalu.

Menurut laporan Berita Harian, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, mendakwa punca kematian anaknya, Syamsul Haris Shamsudin, 22, masih meragukan dan tidak selaras dengan penjelasan awal pihak PALAPES UTM.

PALAPES

Foto: BH

Menurutnya, pihak PALAPES memaklumkan kematian berpunca daripada sawan ketika latihan di Lapang Sasar Inokulasi Telpur, namun pemerhatiannya terhadap jenazah di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail mendapati terdapat kecederaan ketara pada tubuh anaknya.

“Kecederaan pada badan arwah amat menyayat hati. Darah keluar dari hidung dan mata, selain lebam dan luka pada leher, bahu serta bahagian badan lain. Keadaan ini tidak selaras dengan dakwaan kematian akibat sawan,” katanya.

Artikel lain: Kes Zara Qairina: Bekas Pengetua Sekolah Nafi Terlibat – “Saya Telah Bersara”

Hadir sama, peguam yang mewakili, Datuk Naran Singh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ummu Haiman berkata, susulan itu dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada 31 Julai untuk menuntut siasatan terperinci mengenai punca kematian anaknya.

“Saya syak anak saya dipukul atau dicederakan ketika berada di kem latihan. Setakat ini punca kematian diklasifikasikan sebagai ‘pending laboratory investigation’ dan saya dimaklumkan keputusan penuh hanya akan diketahui dalam tempoh tiga bulan,”ujarnya.
PALAPES

Foto: FB UTM Student Affairs

Syamsul Haris, pelajar Semester 2 Ijazah Sarjana Muda Sekuriti Siber UTM, menyertai latihan PALAPES bermula Sabtu lalu dan dijadualkan tamat Ahad ini.

Menurut Ummu Haiman, kali terakhir dia berhubung dengan anaknya adalah pada Sabtu lalu sebelum menerima mesej WhatsApp malam Ahad.

“Dalam mesej terakhir, dia memaklumkan akan menyerahkan telefon kepada pegawai PALAPES. Dia juga sempat berpesan supaya saya menjaga diri dan memberitahu dia gembira kerana berjaya membuat latihan tembakan,” jelasnya.
PALAPES

Foto: Sinar Harian

Keesokan harinya, Ummu Haiman menerima berita pemergian anaknya.

Jenazah Syamsul Haris telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, Semenyih, Selangor.

Sumber: Berita Harian Online (Muhammad Zulsyamini Sufian Suri)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd