Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ibu Lakukan Amang Seksual Terhadap Anak Lelaki Berdepan 105 Tahun Penjara

Wanita yang juga seorang ibu anak lima mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual kepada dua orang anak lelakinya dan mengarahkan pornografi dalam bentuk video sekitar tahun lalu.

Didakwa lakukan amang seksual kepada 2 anak lelaki

Memetik laporan dari Malaysia Gazette, wanita berusia 33 tahun itu membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said selepas semua pertuduhan dibacakan.

Mengikut tiga pertuduhan, wanita yang tidak bekerja telah hadir memakai blaus kuning didakwa sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu ibu kandung telah melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak lelaki berusia 14 dan 12 tahun ketika waktu kejadian.

Kredit Foto Mohd Adzlan

Kesalahan dipercayai dilakukan di sebuah unit pangsapuri di Alam Perdana, Puncak Alam pada sekitar  8 malam pada November 2022 lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.

Arahkan pembuatan suatu pornografi bentuk video

Tak hanya itu, bagi pertuduhan keempat dia didakwa telah mengarahkan pembuatan suatu pornografi kanak-kanak dalam bentuk video di sebuah hotel di Taman Sri Pristana, Sungai Buloh sekitar jam 2 pagi pada 17 dan 18 Februari tahun lalu.

Kredit Foto Mohd Adzlan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 5 akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebat tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Sumber: Malaysia Gazette (Mohd Adzlan Mat Sidek)

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat dijangka menjejaskan sebahagian perkhidmatan penerbangan antarabangsa, termasuk kemungkinan kelewatan, perubahan jadual, lencongan laluan dan pembatalan penerbangan....

Dunia

Pasukan pendudukan Israel pada Sabtu dilaporkan menghalang jemaah daripada menunaikan solat Isyak dan tarawih di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang diduduki, lapor Agensi...

Sukan

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan semua pihak perlu mengemukakan bukti kukuh berhubung dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan pemain warisan negara dan bukan sekadar...

Sosial

Penghibur jalanan dikenali sebagai Abang Mr Bean meluahkan rasa terharu apabila beliau dan isterinya terpilih sebagai penerima tajaan Umrah 1000 Asnaf oleh Ikhlas Com...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd