Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Wanita Dan Anak Lelaki Maut Selepas Pulang Kenduri, Disyaki Keracunan Makanan

Seorang wanita dan anak lelakinya meninggal dunia dipercayai akibat keracunan makanan selepas menghadiri kenduri di sebuah kampung di Tawau, Sabtu lalu.

Ibu, anak lelaki maut lepas pulang kenduri

Menurut laporan Berita Harian, mangsa, Nazuah Pili, 36, dan anak sulungnya, Mohd Amran, 9, dilaporkan mengalami muntah serta cirit-birit teruk beberapa jam selepas pulang dari kenduri berkenaan sekitar jam 11 pagi.

kenduri

Foto: BH

Suami mangsa, Masran Mohd Amin, 43, berkata ketika pulang dari tempat kerja pada jam 3 petang, dia mendapati kedua-duanya terbaring di ruang tamu rumah dalam keadaan lemah.

Artikel baru: Suami Hidap Penyakit Buah Pinggang Tahap 5 Berniaga Air Sambil Urus Isteri Hidap Strok

“Pada awalnya saya tidak mengesyaki apa-apa, tetapi melihat isteri kerap ke tandas kerana muntah-muntah sebelum kembali berbaring. Saya cuba mengejutkannya apabila ternampak kesan najis pada kain sarungnya, sebelum dia kembali ke tandas untuk membersihkan diri.
“Ketika itu, anak saya masih terbaring dan tidak bergerak di ruang tamu,” katanya.

Masran memaklumkan, dia turut mengalami sakit perut dan muntah selepas memakan lauk kenduri yang dibawa pulang isterinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dua lagi anak mereka, Naziah Insyirah, 6, dan Mohd Azran,18 bulan, sempat dibawa ahli keluarga lain ke klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

kenduri

Foto: Harian Metro

Masran memaklumkan, dia turut mengalami sakit perut dan muntah selepas memakan lauk kenduri yang dibawa pulang isterinya.

Timbalan ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh, ketika dihubungi mengasahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan memaklumkan siasatan sedang dijalankan.

Beliau berkata, perkembangan lanjut akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Sumber: Berita Harian (Abdul Rahemang Taiming)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Sekumpulan penunggang motosikal Yamaha RXZ berdepan detik hitam apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kemaman, berhampiran susur keluar...

Sosial

Lotus’s Malaysia memulakan siasatan menyeluruh bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung insiden membabitkan seorang wanita mengandung yang didakwa dituduh mencuri di sebuah pasar raya Lotus’s...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan bahawa seseorang pemimpin yang berbohong kepada rakyat bukan sahaja melakukan dosa, malah dianggap mengkhianati kepentingan negara. Pertahan pencapaian pentadbiran...

Nasional

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan semua parti dan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya menghentikan segala bentuk aktiviti berkempen sebaik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd