Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Ibu Cina Pilih Hantar Anak Ke PASTI, Dah Boleh Kuasai Bahasa Melayu

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di kampung halamannya di Chaah, Segamat.

Ibu Cina pilih hantar anak ke PASTI

hantar anak ke PASTI

Menerusi satu hantaran TikTok di akaun @joeychan427, wanita itu menjelaskan keputusan menghantar Kangkang ke tadika tersebut adalah kerana lokasi yang dekat dan suasana mesra kanak-kanak.

“Bulan November tahun lalu, saya balik dari Perak ke Johor kerana ada urusan rumah. Kangkang dah dua tahun setengah, jadi saya cari tadika untuk dia tumpang belajar sementara. Tadika PASTI ini menarik dan cikgu-cikgunya sangat baik, jadi saya letakkan dia di sini,” tulisnya pada Selasa.

hantar anak ke PASTI

Menurutnya, walaupun menerima beberapa mesej negatif daripada sesetengah pihak yang tidak bersetuju anaknya bersekolah di tadika berasaskan Islam, dia tidak mengambil hati dan melihat pengalaman itu sebagai peluang anaknya belajar budaya berbeza.

“Dulu saya sendiri belajar Form 6 di Cha’ah dan satu-satunya pelajar Cina dalam kelas. Saya rasa bagus kalau anak saya boleh belajar budaya lain. Kita satu Malaysia, kan?,” kongsinya.

Ibu berkenaan turut berkongsi perkembangan positif anaknya sejak tiga bulan di tadika tersebut, termasuk kebolehan Kangkang menyebut perkataan asas Melayu seperti “ibu”, “duduk” serta nombor “satu, tiga, empat”, malah kadang-kadang boleh menyanyikan lagu Melayu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Graduasi Prasekolah Meriah, Video AI Papar Kerjaya Buat Kanak-Kanak Teruja!

Sementara itu, dia juga meluahkan rasa terharu dengan sokongan daripada netizen yang memberi komen positif terhadap anaknya.

“Saya sangat terima kasih dengan semua komen baik. Maaf jika tidak dapat balas satu-satu, tapi setiap komen saya baca,” luahnya lagi.

Dalam masa yang sama, wanita tersebut memaklumkan Kangkang akan kembali ke Perak pada Februari untuk sambutan Tahun Baharu Cina, sementara dia sendiri akan kembali bekerja sebagai guru.

Walaupun begitu, dia berjanji akan tetap mengunjungi tadika tersebut setiap kali pulang ke Chaah dan terus berkongsi perkembangan Kangkang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bulan depan saya dah nak balik Perak, raya kat sana, bulan Mac juga saya dah nak mula kerja, saya sendiri pun seorang cikgu. Saya akan rindu sangat tadika pertama Kangkang ni.
“Lepas ni kalau saya balik Chaah, pasti bawa Kangkang datang jumpa cikgu dan kawan-kawan dia di PASTI. Nanti tak kira saya kat mana pun, saya akan selalu kongsi gambar dan video Kangkang ya,” ujar ibu muda itu.

Sumber: TikTok @joeychan427

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Lokal

Lebihan Makanan Dibasuh Untuk Haiwan! Pemilik restoran RB Nasi Kandar, Datuk Fadzil A Bakar, menafikan dakwaan bahawa premisnya di Kemayan Square membasuh lebihan makanan...

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd