Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Ibu Bapa Saman Tesla, Anak Maut Dilanggar Kenderaan Eklektrik Mod ‘Autopilot’

Ibu bapa kepada penunggaang motosikal yang maut dalam nahas membabitkan Tesla Model 3 yang dipandu pada mod ‘Autopilot’ di Utah pada 2022 memfailkan saman terhadap pembuat kereta elektrik itu.

Memetik laporan CNBC, ibu bapa itu mendakwa Tesla Model 3 mempunyai perisian pembantu pemandu dan ciri keselamatan lain kereta itu adalah cacat dan tidak mencukupi.

Ibu Bapa saman tesla

Ibu Bapa Saman Tesla

Mangsa yang bernama Landon Embry, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan elektrik (EV) itu yang menggunakan autopilot pada kelajuan 120 hingga 128 km sejam melanggar bahagian belakang motosikal jenis Harley Davidson.

Kejadian itu menyebabkan mangsa berusia 34 tahun itu terhumban dari motosikal yang ditunggangnya, menurut tuntutan mahkamah yang difailkan di mahkamah negeri di Salt Lake City pada minggu lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, tuntutan itu juga mendakwa Autopilot Model 3 ‘letih’ dan tidak dalam keadaan untuk memandu sebagai pemandu yang berhemat.

Selain itu, ia juga menyebut penderia Autopilot seperti kamera sepatutnya mengenal pasti bahaya yang ditimbulkan oleh motosikal yang berada di hadapannya.

“Pemandu yang agak berhemat, atau sistem brek automatik yang mencukupi, akan boleh memperlahankan atau berhenti tanpa melanggar motosikal itu,” kata tuntutan itu.

Dalam pada itu, tuntutan itu juga mahu penelitian dilakukan terhadap sistem pembantu pemandu Tesla Autopilot dan Pemanduan Sendiri Penuh sedang giat dijalankan.

Sebelum ini, sebuah Tesla Model S juga dilaporkan berada dalam mod ‘Full Self-Driving’ atau Pemanduan Sendiri Penuh melanggar dan membunuh seorang penumpang motosikal berusia 28 tahun di kawasan Seattle pada April lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada bulan yang sama, Tesla juga telah menyelesaiakan tuntutan mahkamah berhubung kemalangan pada 2018 yang membunuh seorang jurutera Apple.

Model X milik jurutera Apple itu yang sedang beroperasi pada mod Autopilot tergelincir dari lebuh raya berhampiran San Francisco.

Sumber: CNBC

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Lokal

Polis sedang menyiasat satu hantaran gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang dimuat naik oleh akaun Facebook ‘Huayan The Pureland...

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Lokal

Adik kepada wanita yang pernah tular dikasari suami hingga koma, Jahidah Nordin, Fauziah Nordin telah bersuara apabila mendakwa kes seorang isteri dipukul hingga keguguran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd