Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ibu Bapa Pemandu Honda Jazz Rayu Maaf, Keluarga Penuntut UniSZA Pilih Reda

Keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, 25, reda dan berlapang dada menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan ngeri sehingga meragut nyawa gadis tersebut di Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu pada Ahad.

Ibu bapa pemandu Honda Jazz rayu maaf

pemandu Honda Jazz

Foto: Media sosial

Menurut laporan Kosmo! Online, bapanya Mazli Yusof, 51, berkata dia bersama isterinya, Nurul Huda Ibrahim, 50, menerima kunjungan ibu bapa lelaki berusia 32 tahun itu yang hadir bertemu mereka di pekarangan Unit Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) semalam.

“Saya tiada masalah, bukan salah dia (ibu bapa pemandu Jazz) pun. Semua yang berlaku ini sudah suratan takdir. Allah telah menetapkan macam itu,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pasangan suami isteri yang dipercayai ibu bapa kepada pemandu Honda Jazz berkenaan dilaporkan meluangkan masa hampir dua minit bertemu Mazli dan Nurul Huda, sambil tidak henti-henti memohon maaf dalam keadaan sebak serta menitiskan air mata.

pemandu Honda Jazz

Foto: Kosmo! Online

Mazli yang juga adik kepada penceramah agama, Datuk Mohd. Zawawi Yusof berkata meskipun dia dan keluarga memilih untuk memaafkan, namun menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan bagi menuntut keadilan atas pemergian anak gadisnya.

Artikel lain: “Saya Nampak Mayat Atas Jalan, Tak Sangka Itu Anak Saya..”- Bapa Penuntut UniSZA

pemandu Honda Jazz

Foto: Media sosial

“Dari segi undang-undang dunia, kita ikut juga. Ini kecuaian manusia,” ujarnya.

Terdahulu, Syakirah Hanan yang juga penuntut Diploma Pascasiswazah Pendidikan di Fakulti Pengajian Islam Kontemporari di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) maut selepas kereta Perodua Viva dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah Honda Jazz.

pemandu Honda Jazz

Foto: Media sosial

Difahamkan, pemandu Honda Jazz terbabit yang mengalami kecederaan parah pada bahagian leher dan tangan kanan dipercayai melanggar lampu isyarat merah.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd Azli Adlan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd