Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ibu Bapa Dakwa Anak Usia 17 Bulan Disumbat Makanan, Rambut Ditarik Guru Taska

Sepasang ibu bapa mendakwa anaknya berusia 17 bulan didera guru taman bimbingan kanak-kanak (Taska) dengan menyumbat makanan di dalam mulut serta menarik rambut mangsa.

Memetik laporan Kosmo! Online, ibu kepada bayi itu,  Heng Lee Shuan menyatakan bahawa mereka mula mengetahui tentang kejadian tersebut apabila bekas guru berkongsi gambar dan video yang menimpa anaknya pada 28 Mei lalu.

Foto: Harian Metro

Difahamkan, bekas guru berusia dalam lingkungan 20-an itu dikatakan hanya bekerja selama seminggu di taska berkenaan memandangkan dia sendiri tidak sanggup melihat rakan sekerjanya bertindak kasar terhadap anak-anak kecil terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya sebagai ibu kepada Amber, rasa sangat sakit hati dan kecewa apabila melihat video yang dikongsi oleh bekas guru taska berusia 20-an. Yuran anak saya hampir RM2,000 sebulan.
“Kami ada berbincang bersama pengetua taska namun saya rasa dia tidak jujur malah tiada permohonan maaf dibuat kepada pihak kami
“Saya juga meminta rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) namun yang mereka berikan video yang dah disunting, tidak memaparkan sewaktu kejadian anak dilayan kasar,” katanya pada Isnin.

Ujarnya, selain mendakwa rambut anak-anak kecil itu telah ditarik, bekas guru tersebut telah menghantar bukti rambut gugur kepada ibu bapa Amber.

Foto: Kosmo! Online

Susulan itu, setelah melihat kesan luka pada hidung anaknya, Lee Shuan dan suami terus membuat laporan di Balai Polis Kajang pada 29 Mei lalu.

“Sejak menjaga anak sendiri, kami boleh melihat dia akan takut bila tiba waktu makan,” ujarnya.

Selain menuntut ibu bapa menghadapi kes sama untuk membuat laporan, Ketua Biro Aduan Awam DAPSY, Lee Wen Bin turut  menyatakan bahawa bekas guru terbabit telah tampil membuat laporan pada Jumaat lalu memandangkan dia diugut oleh pengetua taska berkenaan.

Sumber: Kosmo! Online (Tuan Nurhidayah Tuan Ab.Ghani)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Datuk Johnny Lim Eng Seng mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi individu berbangsa Cina pertama yang dinaikkan pangkat ke Leftenan...

Sosial

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang penunggang motosikal atau rider berkuasa tinggi dari Indonesia dipercayai enggan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ketika...

Dunia

Seorang pelancong Brazil terjatuh ke dalam lubang sebuah gunung berapi aktif di Pulau Lambok, Indonesia sebelum kerja menyelamat selama tiga hari dihalang oleh cuaca...

Lokal

Hampir 61 jemaah umrah dilaporkan terkandas selama lebih empat jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), setelah penerbangan ke Jeddah dibatalkan secara tiba-tiba....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd