Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Ibu Bapa Al Fateh Diuji Sekali Lagi, Bayi Kedua Dari Kembar 3 Meninggal Dunia

Kehilangan anak tersayang dalam tragedi di taska beberapa tahun lalu masih lagi terasa dan duka itu sekali lagi dirasai apabila ibu bapa kepada bayi Al Fateh kehilangan anak kedua dari tiga kembarnya.

Ibu bapa Al Fateh maklumkan pemergian anak kembar

Menerusi perkongsian di Facebook Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri, 41, beliau memaklumkan bahawa anaknya, Maryam Al Khawla telah menghembuskan nafas terakhir pagi tadi sekitar jam 7.20 pagi di Hospital Melaka.

“Dukacita dimaklumkan anak syurga saya, Maryam Al Khawla telah meninggal dunia pada 7.20 pagi di Hospital Melaka pada 24 Jannuari 2026 (Genap umurnya 3 bulan),” ujarnya.

Mereka juga mengatakan hari ini merupakan kali pertama masing-masing dapat memeluk anak syurganya itu tanpa menggunakan sarung tangan memandangkan sebelum ini Al Khawla berada dalam pemantauan ketat.

“Alhamdulillah anak mummy pergi dengan senyuman. Khawla dah tak rasa sakit lagi.
“Buat pertama kali mummy dapat peluk Khawla. Khawla pergi jam 7.20 pagi. Al Khawla dan abang Al Fateh tunggu mummy dan daddy di syurga ye,”ujar ibu kepada bayi berkenaan.

Terdahulu, pasangan suami isteri itu memaklumkan bahawa anak kembar mereka yang kedua berada dalam keadaan kritikal dan memohon orang ramai dapat mendoakan kesejahteraannya yang berada dalam rawatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

ibu bapa al fateh

Artikel lain: Ibu Bapa Al Fateh Sekali Lagi Diuji, Bayi Kembar Pula Kini Kritikal

Khawla telah dirawat di   Hospital Melaka sejak dilahirkan pada 24 Oktober lalu kerana lahir pramatang dan mengalami beberapa komplikasi.

Pasangan suami isteri ini dikurniakan tiga bayi kembar selepas menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) pada Februari tahun lalu menerusi kurniaan khas Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Kisah mereka tular setelah tragedi menimpa anak sulung mereka, Allahyarham Muhammad Al Fateh yang meninggal dunia di sebuah taska.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Muhammad Al Fateh yang berusia lapan bulan meninggal dunia selepas dipercayai didera oleh pengasuh, termasuk disumbat botol susu ke dalam mulut serta ditutup muka dengan bantal sehingga mengakibatkan kematian.

Zuriat itu adalah penantian selama 13 tahun sepanjang mendirikan rumah tangga.

Sumber: Facebook Mohd Fikry Amri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Sukan

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah menyifatkan Muhammad Hakim Danish Ramli sebagai antara prospek terbaik sukan permotoran negara ketika ini kerana memiliki kemampuan untuk bersaing...

Sukan

Penyerang import berbisa, Heberty Fernandes sah menamatkan perkhidmatannya bersama juara Liga Super 12 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT), selepas hampir tiga musim menyarung...

Nasional

Warganegara Malaysia bakal menikmati pasport dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun pada kadar bayaran RM350 yang dijangka dilaksanakan tahun ini. Ketua Pengarah Imigresen,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd