Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Ibu, Anak Berusia Empat Tahun Dibunuh Teman Lelaki Kerana Cemburu

Seorang ibu dan anaknya yang berusia empat tahun dibunuh teman lelaki wanita itu dalam kejadian di Kampung Tariang Baru, Kecamatan Tabukan Tengah, Kabupaten Kepulauan Sangihe, Sulawesi Utara pada 21 November lalu.

Foto: Kompas.com

Ketua Polis Daerah Sangihe, AKBP Abdul Kholik mendedahkan motif pembunuhan itu adalah disebabkan oleh rasa cemburu suspek, Mohammad Fikran Makadolang terhadap mangsa.

Suspek mencurigai mangsa mempunyai hubungan dengan lelaki lain selepas melihat transaksi wang yang dilakukan oleh bekas suami untuk keperluan anak mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suspek mendesak mangsa memberitahu identiti lelaki dalam perbualan mesejnya dan mempersoalkan transaksi wang dan menjelaskan wang itu daripada bekas suaminya untuk keperluan anak, namun suspek enggan mempercayai.

Suspek kemudian dikatakan mendekati mangsa dan terus menyerangnya dengan senjata tajam.

“Suspek cuba merampas telefon milik mangsa untuk menyiasat siapa lelaki yang di WhatsAppnya, namun tidak diberikan mangsa.
“Tidak lama kemudian suspek menyelinap masuk ke rumah mangsa melalui tingkap lantas membunuh mangsa dan anaknya menggunakan parang,” katanya.

Selepas kejadian, suspek sempat melarikan diri tetapi berjaya ditangkap oleh pasukan polis Sangihe dalam tempoh 24 jam.

Foto: Kanal Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suspek telah ditahan bersama beberapa bahan bukti termasuk senjata tajam, pakaian berlumuran darah, dan telefon bimbit mangsa.

Suspek yang berusia 23 tahun bakal berhadapan hukuman penjara seumur hidup atau tempoh yang ditentukan oleh mahkamah, atau maksimum 20 tahun penjara.

Sumber: Kompas.com

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang pengguna di platform TikTok dengan niat nak beli air balang dijual bekas pemain bola Sri Pahang FC, Mohammad Gopi Rizqi telah menarik perhatian...

Spotlight

Bekas pelakon filem dewasa dari Jepun, Kae Asakura atau raelilblack telah berkongsi momen sewaktu berada di Masjid Sendayan bagi menunaikan solat fardu dan juga...

Lokal

“Saya tak boleh terima (permohonan maaf keluarga), itu anak saya. Pedihnya hati sebab dia sangat rapat dengan saya, berkawan macam mana pun dia rapat...

Lokal

Penjara Kajang dilihat ‘sesak’ apabila ramai yang keluar masuk beli kuih raya air tangan banduan bersempena dengan Aidilfitri tidak lama lagi. Menerusi perkongsian video...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd