Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Hyun Bin Dan Son Ye Jin Dilapor Jual Penthouse Berharga RM24 Juta

Pasangan pelakon, Hyun Bin dan Son Ye Jin dilaporkan telah meletakkan penthouse perkahwinan mereka di pasaran dengan harga mencecah RM24 juta atau tujuh bilion won.

Menerusi laporan Koreaboo, Hyun Bin atau nama sebenarnya Kim Tae-pyung dikatakan telah membuat pembelian rumah berharga 4.8 bilion won (RM16,466,016) itu di Walkerhil Podovilel yang terletak di wilayah Gyeonggi sekitar tahun 2020.

Foto: Media Sosial

Namun, pasangan yang juga pelakon utama drama Crash Landing On You itu telah menjual rumah tersebut dengan nilai tujuh bilion won memandangkan tempat tersebut telah meningkat sebanyak 2.2 bilion won (RM7,546,506) selepas empat tahun mereka memilikinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, setelah menetap di kediaman tersebut sejak mereka berkahwin pada 2022, aktor berusia 41 tahun dan isterinya, 42, itu telah menggunakan perkhidmatan ejen hartanah untuk menjual rumah berkenaan.

Foto: Koreaboo

Sementara itu, bangunan eksklusif yang hanya menempatkan tujuh kediaman ini terdiri daripada empat tingkat serta memiliki sebuah taman di atas bumbungnya.

Selain mereka berdua, seorang lagi aktres terkenal, Han So Hee dikhabarkan turut memiliki unit di bangunan yang sama sekali gus menjadikan mereka berjiran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, Hyun Bin dan Ye Jin yang mendirikan rumah tangga pada Mac 2022 itu telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 27 November 2022.

Sumber: Koreaboo

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd