Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Huda Beauty Sumbang Hampir RM5 Juta Kepada Gaza, Kesal Sikap Selebriti Dunia Berdiam Diri

Pengasas kosmetik tersohor dunia Huda Hattan memaklumkan Huda Beauty akan memberi sumbangan sebanyak $1 juta (RM4,683,500.00)  kepada organisasi kemanusiaan di Gaza.

Huda Beauty sumbang kepada Gaza

Menerusi kenyataan dimuat naik, Huda yang juga berketurunan Iraq-Amerika, usahawan itu tetap pendirian dengan mengatakan produk kosmetik keluarannya bersama Kayali dan WISHFUL akan membantu mereka terjejas akibat konflik Israel-Palestin di Gaza.

Huda Beauty Gaza

“Sudah sebulan berlalu dan kita masih melihat pendudu di Gaza menderita. Kami komited untuk membantu dalam apa jua cara yang kami mampu.
“Disebabkan sekatan semasa dan cabaran kemanusiaan, amat sukar untuk mencari jalan bagi bantuan untuk memasuki Gaza. Tetapi, kami komited untuk mencari jalan untuk menghubungi orang ramai di sana.
“Kami akan kongsi organisasi yang bekerjasama dengan kami dan dengan siapa kami bekerjasama,”tulis Huda di ruangan kapsyen hantaran tersebut.
View this post on Instagram

A post shared by Huda (@huda)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gaza sengsara, Huda Beauty kesal selebriti diam diri…

Dalam pada itu, usahawan yang juga pempengaruh berusia 40 tahun meluahkan rasa kecewa apabila masih terdapat selebriti terkenal dunia terutama sinonim memberikan bantuan kemanusiaan kerana berdiam diri berhubung ‘genocide’ yang sedang berlaku.

“Di manakah selebriti kemanusiaan?! PEMBUNUHAN beramai-ramai (genocide) sedang berlaku di Palestin! Adakah gambar dan video-video mengenai kematian kanak-kanak tidak menghantui jiwa anda?
“Tergamak kamu berdiam diri!”luahnya.
View this post on Instagram

A post shared by Huda (@huda)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tegas Huda, pembunuhan beramai-ramai di Palestin dapat dihentikan sekiranya ramai berani bersuara.

Sebelum ini, Huda lantang bersuara dengan menetapkan pendirian dirinya tidak kisah seandainya penduduk ‘Israel’ bertindak memboikot produk miliknya kerana menyokong Palestin.

Artikel lain: Penduduk Gaza Derita, Terpaksa Minum Air Masin Dari Sumber Tercemar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Memetik laporan Vogue Arabia, Huda dilahirkan pada 2 Oktober 1983 di Oklahoma dan mewarisi keturunan Iraq daripada kedua ibu bapanya yang berhijrah ke United Kingdom untuk mengajar subjek Biologi di samping mendalami bidang kejuruteraan mekanikal.

Ketika melanjutkan pengajian dalam bidang kewangan di University of Michigan-Dearbon, Huda berkenalan dengan Chris Goncalo iaitu suaminya hari ini. Pasangan ini dikatakan berhijrah ke Dubai pada tahun 2006 dan menyambut cahaya mata perempuan diberi nama Nour Gisele tidak lama kemudian.

Artikel lain: Grab Malaysia Simpati, Sumbang RM 1 Juta Untuk Program Bantuan Kemanusiaan Gaza

Bermula dari situlah, empayar Huda Beauty diterajui tiga beradik ini wujud dan terus berkembang hingga ke peringkat antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rangkaian kosmetik Huda Beauty kini mempunyai lebih 140 produk yang terdiri daripada set pembayang mata, bedak asas, variasi gincu bibir, kuku palsu dan sebagainya yang dianggarkan mencecah jualan tahunan tidak kurang USD 250 juta.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Sosial

Seorang bapa berkongsi detik cemas apabila anak perempuannya dikenali sebagai Raisha Falisha hampir menjadi mangsa culik dalam satu kejadian yang berlaku di Taman Bakawali,...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd