Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Hubungan Kerajaan Pusat Dan Negeri Ditentukan Perlembagaan Persekutuan – Fahmi Fadzil

Kerajaan mengeluarkan kenyataan hubungan antara kerajaan pusat dan negeri ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan susulan isu itu dibangkitkan beberapa pihak baru-baru ini.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Jemaah Menteri ambil maklum kenyataan yang dibuat beberapa pihak membabitkan hubungan kerajaan persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri.

Hubungan kerajaan pusat dan negeri ditentukan Perlembagaan Persekutuan

Hubungan Kerajaan Pusat Dan Negeri

Katanya, Malaysia dibentuk atas persetujuan semua negeri berlandaskan prinsip federalisme sebagai teras utama Perlembagaan Persekutuan disamping pembangunan negara berteraskan kekuatan semua negeri.

“Oleh itu, Perlembagaan Persekutuan menjadi asas dalam menjamin hak negeri, dan dalam menentukan hubungan antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan-kerajaan negeri.
“Berkait perkara mengenai Sabah dan Sarawak, perbincangan ini berpandukan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963,” katanya pada sidang media mingguan jurucakap kerajaan.

Kenyataan ini susulan permohonan secara rasmi kerajaan Johor yang mahu kerajaan persekutuan untuk mengembalikan sekurang-kurangnya 30% hasil cukai negeri itu kepadanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Permohonan itu disampaikan dalam sesi menghadap Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi serta beberapa pegawai tinggi kerajaan persekutuan pada Selasa.

Terdahulu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim menyuarakan hasrat sekurang-kurangnya 20-30% daripada hasil negeri akan kembali ke Johor di masa hadapan.

Selain itu, baginda turut menggesa reformasi sistem persekutuan dan Johor dilayan sebagai rakan kongsi serta mencadangkan parti politik di negeri itu bersatu dalam gabungan dikenali ‘Gabungan Bangsa Johor’ bagi menjamin kepentingan negeri.

Dengan melihat gabungan pemerintah Sarawak Gabungan Parti Sarawak terdiri daripada beberapa parti, Tunku Ismail menegaskan negeri itu telah menggunakan kelebihan berkenaan untuk berunding lebih berkesan dengan pihak berkuasa persekutuan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Free Malaysia Today (Mohamad Fadli)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pelakon meningkat naik di China, Liang Youcheng dilaporkan meninggal dunia pada usia 27 tahun selepas disyaki dijangkiti virus influenza pada 30 Januari lalu, lapor...

Politik

PAS menegaskan akan terus memilih amalan demokrasi sebagai wadah perjuangan politik walaupun menghadapi penyalahgunaan prinsip tersebut oleh golongan sekular. Sering disalah guna golongan sekular,...

Sosial

Seorang wanita yang bekerja di Kuala Lumpur menarik perhatian ramai selepas dia memilih untuk naik kapal terbang setiap hari dan ulang-alik dari Penang ke...

Dunia

Seramai 435 warga Malaysia dilapor dalam senarai pengusiran dari Amerika Syarikat, yang mana ia termasuk dalam 1.44 juta bukan warganegara Amerika Syarikaat (AS) yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd