Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Malaysia Cipta Sejarah! Hospital Pakar Patuh Syariah Pertama Bercirikan Wakaf Bakal Dibina

Malaysia melakar sejarah baharu apabila Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dengan kerjasama Highfield Healthcare Sdn. Bhd. memulakan pembangunan Hospital Pakar Patuh Syariah bercirikan wakaf pertama di negara ini.

Majlis pecah tanah hospital pakar patuh syariah

Majlis pecah tanah telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YWM.

Hospital pakar patuh syariah sejajar gagasan Malaysia Madani

Difahamkan, inisiatif nasional ini sejajar dengan gagasan Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat melalui pembangunan seimbang fizikal dan rohani, selain mendukung agenda Transformasi Al-Falah.

Menurut Dr. Mohd Na’im, hospital itu akan dilengkapi ruang solat, panduan ibadah pesakit, kemudahan tayamum, sokongan kerohanian serta al-Quran digital di setiap wad.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hospital ini akan dilengkapi dengan kemudahan mesra ibadah seperti al-Quran, panduan ibadah pesakit, kemudahan solat, tayamum dan sokongan kerohanian.
“Segala ini bakal memberikan pengalaman rawatan yang berbeza dan lebih bermakna berbanding hospital konvensional,” ujarnya.

Hospital Pakar Patuh Syariah

Katanya, ia bukan sahaja memberi rawatan kesihatan fizikal, malah menitikberatkan kesejahteraan rohani selari dengan maqasid syariah dalam penjagaan nyawa.

Tambahnya, projek ini turut menyokong aspirasi Pelan Induk Wakaf Nasional (PIWN) yang menyasarkan wakaf menyumbang 10% kepada sektor kewangan sosial Islam menjelang 2030.

“Lebih penting, projek ini selari dengan aspirasi Pelan Induk Wakaf Nasional (PIWN) yang menyasarkan agar wakaf menyumbang 10% kepada sektor kewangan sosial Islam menjelang tahun 2030,” katanya lagi.

Artikel lain: YWM Pilih Teluk Intan Sebagai Perintis Wakaf Berasaskan Warisan

Difahamkan, YWM merancang untuk memperluas model hospital wakaf ini ke seluruh negeri termasuk pusat dialisis dan pusat rehabilitasi pada masa hadapan, sekali gus memperkukuh ekosistem wakaf serta meningkatkan akses kesihatan berkualiti untuk rakyat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Majlis pecah tanah itu menjadi simbolik komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasa wakaf nasional ke arah negara berdaya maju, inklusif dan berteraskan nilai kemanusiaan.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd