Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hospital Medan Susulan Gempa Bumi, Pasukan ATM Digerak Ke Turkiye Awal Pagi Esok

Sepasukan Kor Kesihatan Diraja (KKD) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan digerak ke Turkiye awal pagi esok untuk mewujudkan hospital medan susulan gempa bumi yang melanda negara itu tiga hari lepas, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata seramai 106 anggota tentera termasuk 41 doktor akan digerak ke negara itu selain kelengkapan termasuk tiga dewan mudah alih yang digunakan untuk kecemasan dan satu dewan bedah mudah alih.

“ATM telah mendapat permohonan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengenai perkara berkenaan. Setelah berunding dengan Kedutaan Turkiye di Kuala Lumpur, kita mengambil keputusan untuk mengerakkan pasukan berkenaan.
“Hospital medan berkenaan akan beroperasi selama enam minggu,” katanya kepada pemberita selepas melawat Kem Lok Kawi (Markas 5 Briged) di sini hari ini.

Mohamad berkata peralatan hospital itu akan dihantar secara berperingkat dan hospital berkenaan adalah sama seperti fasiliti hospital medan yang pernah diwujudkan ATM ketika berdepan pandemik COVID-19 sebelum ini.

Beliau berkata ketika ini, pihaknya masih belum mengetahui lokasi hospital medan itu kerana bencana tersebut melibatkan kawasan yang luas dan menyerahkan kepada kerajaan Turkiye untuk menentukan kawasan sesuai bagi mendirikan hospital medan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Apa yang penting kita mahu semua pasukan yang dihantar ke sana dapat menyelesaikan misi dengan selamat. Kita tahu bahawa akan ada gegaran susulan oleh itu, mereka kena berhati-hati,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Keterjaminan Makanan Dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim memaklumkan bahawa tiada ladang ternakan babi beroperasi...

Sosial

Seorang kanak-kanak, Muhammad Yusof meninggal dunia secara mengejut dalam kejadian bulan lalu yang didakwa akibat kecuaian pihak klinik yang tidak dapat menyediakan bekalan oksigen...

Sosial

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik...

Sukan

Penggantungan Datuk Noor Azman Rahman sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah tamat, sekali gus membolehkan beliau kembali menggalas tanggungjawab itu berkuat kuasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd