Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Himpunan RXZ: JPJ Hanya Ambil Tindakan Jika Terdapat Aduan Orang Ramai

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan jika terdapat sebarang tindakan terhadap peserta Himpunan RXZ Members 6.0 yang bakal berlangsung di Litar Permotoran Terengganu, Kuala Nerus, ia dibuat berdasarkan aduan orang ramai.

Memetik laporan Kosmo, Ketua Pengarahnya Datuk Aedy Fadly Ramli berkata pihaknya menerusi JPJ Terengganu telah mengadakan pertemuan awal bersama pihak penganjur dalam program yang berlangsung selama dua hari bermula esok.

Katanya, menerusi perjumpaan tersebut telah dinyatakan syarat-syarat yang perlu dipersetujui dalam pelaksanaan program tahunan tersebut.

JPJ hanya ambil tindakan terhadap Himpunan RXZ jika ada aduan orang ramai

Foto: Kosmo

Advertisement. Scroll to continue reading.
“JPJ bukan sengaja cari salah, kita berlandaskan kepada peraturan sebab kita hendak jaga keselamatan awam. Kita perlu pastikan jalan raya itu selamat.
“Apa sahaja kesalahan, kita terpaksa ambil tindakan dengan kebanyakan adalah aduan daripada orang awam.
“Orang awam adalah kepentingan JPJ dan langkah keselamatan diambil untuk semua yang berada di Terengganu adalah selamat dan bukan setakat peserta program itu sahaja,” katanya pada sidang akhbar di JPJ Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian susulan terdapat tohmahan daripada segelintir pihak selepas penganjuran program sama pada tahun lalu yang mencetuskan kontroversi.

Ini kerana banyak motosikal peserta yang disita akibat ‘dipukat’ dalam sekatan jalan raya yang dilakykan JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas pelbagai kesalahan.

Tindakan JPJ himpunan rxz

Foto: Kosmo

Dalam pada itu, Aedy Fadly mengingatkan semua peserta yang berhimpun agar mematuhi peraturan jalan raya dan kenderaan yang ingin dibawa dalam program tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita telah berikan nasihat awal dalam perjumpaan tersebut (dengan penganjur) dan saya harap pengunjung dapat patuhi segala peraturan tersebut,” ujarnya.

Ketika ditanya sama ada SJR akan dilaksanakan, beliau menegaskan setakat ini ia tiada dalam perancangan pihaknya.

“Kita hendak bagi lancar kerana itu adalah program kerajaan negeri dan kita tiada nak kata ganggu atau laksanakan SJR buat masa sekarang,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan kira-kira 80,000 peminat motosikal Yamaha RXZ dijangka membanjiri Himpunan RXZ Member 6.0 di Terengganu pada hujung minggu ini.

Sumber: Kosmo! (Mohd Yunus Yakkub)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Spotlight

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai...

Sosial

Usahawan terkenal Heliza Maysuri menarik perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman uniknya menempah kain kafan untuk alam kubur daripada jenama tempatan terkenal, Rizalman Ibrahim. Usahawan...

Sosial

Bekas isteri personaliti media sosial Chazynash iaitu Fatin Morat tampil membuat kenyataan rasmi berkaitan nafkah dan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka. Menerusi satu hantaran di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd