Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Himpunan Gempur Rasuah Sabah: BERSIH Nyata Solidariti Kepada Gerakan Mahasiswa

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menyatakan solidariti kepada Gerakan Mahasiswa di Sabah yang akan turun berhimpun dalam Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah pada hari ini.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, Jawatankuasa Pemandu BERSIH berkata himpunan itu menjadi bukti bahawa rakyat sentiasa mengawasi setiap gerak-geri kerajaan dan inginkan kerajaan yang bebas rasuah.

Menurutnya, semua rakyat berhak menyatakan kegusaran dan tuntutan mereka secara aman dan berdasarkan lunas undang-undang dan prinsip hak asasi manusia.

“BERSIH ingin mengingatkan semua pihak bahawa hak berhimpun dan bersuara adalah hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 10.
“Himpunan yang digerakkan mahasiswa di Sabah ini menjadi bukti bahawa rakyat sentiasa mengawasi setiap gerak geri kerajan dan inginkan kerajaan yang bebas rasuah,” katanya.

Tambahnya, pihak BERSIH ambil maklum berkenaan perhimpunan balas terhadap Perhimpunan Aman Gempur Rasuah dan berkata perkara tersebut adalah tidak salah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“BERSIH juga ambil maklum bahawa akan dianjurkan perhimpunan balas terhadap Perhimpunan Aman Gempur Rasuah.
“Perlembagaan Persekutuan dan Akta Perhimpunan Aman memberi hak untuk sebarang perhimpunan dilaksanakan termasuk perhimpunan balas.
“Namun ia perlu berlangsung di tempat lain agar tidak berlaku pertembungan mahupun cetusan kepada perkara yang tidak diingini. Semua pihak harus bersikap sivil dan menghormati hak bersuara masing-masing,” ujarnya.

Sebelum ini, sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan mereka sebagai Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) merancang mengadakan Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah dengan menyasarkan seramai 10,000 peserta.

Menurut sekretariat gerakan itu, perhimpunan tersebut akan bermula pada jam 2 petang Selasa dengan peserta berhimpun di hadapan pintu masuk UMS dan Mini Putrajaya sebelum berarak ke Menara Kinabalu.

Bagaimanapun, pada Isnin polis dilaporkan menolak penganjuran itu bagi menjaga ketenteraman awam di negeri tersebut, selain UMS turut menafikan penglibatan mahasiswa mereka dalam gerakan berkenaan.

Sumber: Facebook BERSIH

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pelakon meningkat naik di China, Liang Youcheng dilaporkan meninggal dunia pada usia 27 tahun selepas disyaki dijangkiti virus influenza pada 30 Januari lalu, lapor...

Politik

PAS menegaskan akan terus memilih amalan demokrasi sebagai wadah perjuangan politik walaupun menghadapi penyalahgunaan prinsip tersebut oleh golongan sekular. Sering disalah guna golongan sekular,...

Sosial

Seorang wanita yang bekerja di Kuala Lumpur menarik perhatian ramai selepas dia memilih untuk naik kapal terbang setiap hari dan ulang-alik dari Penang ke...

Dunia

Seramai 435 warga Malaysia dilapor dalam senarai pengusiran dari Amerika Syarikat, yang mana ia termasuk dalam 1.44 juta bukan warganegara Amerika Syarikaat (AS) yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd