Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hilang Sejak Rabu, Warga Emas Ditemui Dalam Kereta Selepas Banjir Surut

Seorang warga emas yang dipercayai hilang sejak Rabu lalu telah ditemui lemas dalam keretanya selepas banjir surut di FELDA Selancar 2, Muadzam Shah, petang semalam.

Menurut laporan Berita Harian, mangsa yang bernama Abdullah Satar, 73, ditemui oleh penduduk setempat di dalam sebuah proton Iswara yang sudah terbalik dan ditenggelami banjir di kawasan kebun kelapa sawit.

Menurut Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar, pihaknya telah bergerak ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan kira-kira jam 6.40 petang.

“Pihak polis turut mendapatkan bantuan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mengeluarkan mayat mangsa sebelum ia dihantar ke Unit Forensik Hospital Muadzam Shah, di sini, untuk tindakan lanjut,” katanya.

Difahamkan, anak mangsa atelah cuba untuk menghubunginya beberapa kali selepas mendapati ayah mereka tidak pulang ke rumah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Anak mangsa kemudian menerima maklumat mengenai penemuan kereta di ladang sawit terbabit dengan bapanya yang sudah meninggal dunia berada di dalamnya, sebelum bergegas ke lokasi.
“Laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” ujarnya lagi.

Terdahulu, tular di laman sosial penduduk kampung menemui sebuah kereta terbalik dan ditenggelami air dan sudah mencuba mengeluarkan kereta itu dari kebun sawit dengan menggunakan jentolak.

Sumber: Berita Harian (khairulmizan Yahya)

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Krisis tenaga global yang semakin meruncing kini memberi tekanan ketara kepada pasaran domestik, susulan lonjakan mendadak harga minyak diproses, khususnya diesel yang mencecah paras...

Lokal

Syarikat Sin Sing Coffee Sdn Bhd tampil menafikan dakwaan yang mengaitkan mereka dengan penarikan sijil halal susulan isu penggunaan berus bulu babi yang tular...

Nasional

Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong, Pahang, Ruby Adira Batreisya, 17, yang meninggal dunia dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Jalan Ulu...

Sosial

Dua pelajar perempuan berasal dari Korea Selatan mencuri tumpuan warganet apabila memperoleh 10A bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, termasuk Bahasa Melayu. Menurut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd