Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hilang Lebih Sebulan, Di Mana Anggota Tentera Prebet Fakhrullah?

Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang anggota tentera, Prebet Muhammad Fakhrullah Nazri yang dilaporkan hilang sejak 38 hari lalu selepas keluar dari rumahnya untuk melapor diri bertugas di Kem Terendak, Sungai Udang.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa, 21, yang sudah dua tahun berkhidmat dalam tentera dikatakan keluar rumah pada 24 Jun jam 8.10 malam untuk melapor tugas di kem tersebut selepas tamat tempoh bercuti.

Foto: thevibes.com

“Muhammad Fakrullah dilaporkan hilang oleh bapanya yang membuat laporan polis pada 20 Julai lalu apabila anaknya itu gagal dikesan selepas keluar rumah sejak 24 Jun lepas.
“Lelaki itu bagaimanapun dilaporkan tidak hadir bertugas selepas keluar rumah menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC warna hijau bernombor pendaftaran MBR 7230.
“Sehingga ke hari ini memasuki hari ke 38, anggota tentera berpangkat prebet itu gagal dihubungi dan dikesan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Foto: FB Polis Melaka Tengah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau juga memaklumkan kali terakhir mangsa dilihat oleh bapanya adalah ketika keluar rumah dengan berpakaian baju T berkolar warna biru dan seluar coklat serta berkasut sukan.

“Ciri fizikal lain adalah berambut pendek bewarna hitam, kulit hitam manis, berbadan kurus dengan anggaran tinggi 172 sentimeter,” jelasnya lagi.

Christopher turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Sarjan Mejar Zulkeple Berahim di talian 010-505 2368 atau Balai Polis Tanjung Kling 06-351 1222.

Sumber: Facebook Polis Melaka Tengah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd