Mayat seorang bayi lelaki telah ditemukan di dalam tangki pam tandas perempuan di Masjid Kampung Pasir Simpul, Terengganu semalam.
Memetik laporan Bernama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Pasir Simpul, Muhammad Mustaffa berkata mayat telah ditemukan oleh seorang lelaki berusia lingkungan 40-an yang merupakan petugas kebersihan masjid itu pada 7 malam ketika sedang mencuci tandas.
Sekadar gambar hiasan
“Selepas mencuci tandas, dia mengepam tandas dan ketika itu keluar cecair seakan darah yang berwarna merah pekat berserta dengan bau amat busuk.
“Lelaki berkenaan yang menyangkakan pam tandas tersumbat terus mencungkil tangki pam tandas itu dengan kayu dan kemudian terkeluar tangan bayi yang telah mereput,” katanya ketika ditemui di masjid.

