Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Helikopter Dinaiki Naib Presiden Malawi, Lapan Individu Lain Dilaporkan Hilang

Kerajaan Malawi melaporkan sebuah helikopter milik tentera hilang selepas dinaiki Naib Presiden negara itu beserta lapan individu lain hilang pada Isnin.

Menurut satu laporan Berita Harian, Saulos Chilima dilaporkan menaiki helikopter tersebut untuk menghadiri majlis pengebumian bekas Menteri Kehakiman Malawi, iaitu Ralph Kasambara yang meninggal dunia pada Jumaat lepas.

Foto: Berita Harian

“Helikopter dinaikinya berlepas dari ibu negara Lilongwe sebelum hilang di utara negara itu,” katanya.

Susulan kejadian itu, Presiden Lazarus Chakwera dilaporkan terpaksa membatalkan lawatan beliau ke luar negara yang dijadualkan sekali gus mengeluarkan arahan kepada kedua-dua agensi serantau serta nasional untuk memperluaskan misi pencarian mengesan pesawat yang hilang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Suasana di negara Afrika selatan itu menjadi muram apabila orang ramai menunggu berita mengenai timbalan presiden,” ujarnya.

Foto: Kenyans.co.ke

Sebelum ini, Ketua Angkatan Pertahanan (CDF) Jeneral Francis Ogolla dari Angkatan Pertahanan Kenya (KDF) turut dilaporkan terkorban bersama-sama dengan sembilan anggota tentera yang lain, manakala dua orang lagi dilaporkan cedera parah dalam sebuah nahas helikopter pada April lalu.

Untuk makluman, ramai tokoh terkenal yang dilaporkan terkorban dalam nahas helikopter termasuklah insiden terbaharu Presiden Iran Ibrahim Raisi yang meninggal dunia bulan lalu dalam nahas.

Sumber: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd