Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Kontrak Tidak Disambung, Hector Bidoglio Tinggalkan Kelab Bola Sepak JDT

Hector Bidoglio tinggalkan JDT

Ketua Jurulatih Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio mengesahkan bahawa dirinya tidak lagi bersama skuad tersebut pada musim hadapan.

Hector Bidoglio tinggalkan JDT

Hector Bidoglio tinggalkan JDT

Menerusi hantaran Facebook skuad Harimau Selatan, JDT secara rasmi melepaskan jurulatih kelahiran Argentina itu dan mengumumkan perpisahan bersama Bidoglio setelah mencipta banyak kejayaan membanggakan sepanjang 2022 hingga kini.

“Terima kasih kepada Hector Bidoglio atas komitmen tidak berbelah bahagi dan khidmat yang diberikan kepada kelab sejak menjadi sebahagian daripada keluarga JDT pada 2022.
“Hector menyertai JDT sebagai ketua jurulatih pada pertengahan musim 2022 sebelum menjawat peranan pengarah teknikal pada 2023, dan kemudiannya kembali sebagai ketua jurulatih untuk musim 2024-25 di mana JDT memperoleh kejuaraan ‘quadruple’.
“Hector memenangi dua gelaran Liga Super Malaysia, dua Piala FA, dua Piala Malaysia dan satu Piala Sumbangsih sepanjang khidmatnya bersama Harimau Selatan serta kekal tanpa tewas dalam semua pertandingan domestik,” kata JDT, hari ini.
Hector Bidoglio tinggalkan JDT

Foto: Berita Harian

Dalam perkembangan lain, JDT memaklumkan bahawa ketua jurulatih yang baharu akan dilantik dengan kadar segera sekali gus meningkatkan mutu permainan skuad bola sepak tersebut.

“JDT akan mengumumkan ketua jurulatih baharu sebagai antara usaha kelab untuk terus meningkatkan standard dan meneruskan tradisi kejayaan memenangi piala. Luaskan Kuasamu Johor,” tambahnya lagi.
Hector Bidoglio tinggalkan JDT

Foto: SuriaFM

Artikel lain: JDT Juara Liga Super 2024-2025, Agong Zahir Ucapan Tahniah

Untuk info, JDT ditubuhkan sebagai Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor ( PKENJ FC) dan telah mengambil bahagian dalam pertandingan bola sepak negeri sebelum bermain dalam liga bola sepak Malaysia pada tahun 1988 di FAM Cup, kemudian menukar namanya kepada Johor FC pada tahun 1996, Darul Takzim FC pada tahun 2012 dan akhirnya ke Johor Darul Takzim F.C. pada tahun 2013.

Sumber: Facebook JOHOR Southern Tigers

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd