Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Hayati Hijrah Rasulullah, Lima Warga Britain Nekad Berjalan Kaki Dari Makkah Ke Madinah

Selepas selesai mengerjakan ibadah umrah, lima lelaki dari Britain nekad berjalan kaki dari Tanah Suci Makkah ke Madinah al-Munawarrah, sama seperti penghijrahan Nabi Muhammad SAW pada 1400 tahun lalu.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter IlmFeed, kumpulan tersebut mengambil masa kira-kira 185 jam bagi perjalanan sejauh 547 kilometer (km) sebelum selamat tiba ke destinasi.

Hayati perjuangan Rasulullah SAW

Menurut salah seorang peserta, pengembaraan itu membuatkan mereka berasa dekat dengan Rasulullah SAW seolah-olah sedang berjalan bersama baginda.

“Kami banyak belajar mengenai Rasulullah SAW. Malah rasa cinta kami kepada baginda menjadi berlipat kali ganda,” kata Rashid Ali.

IlmFeed turut berkongsi sebuah video memaparkan kumpulan berkenaan disambut meriah oleh penduduk tempatan sebaik mereka tiba di Madinah.

Selain diringi dengan paluan kompang, mereka turut dihidangkan dengan makanan kerana kejayaan dilakukan itu membuatkan orang ramai berasa kagum.

Difahamkan, sebelum ini dua orang daripada mereka pernah melakukan kayuhan basikal basikal dari London ke Makkah sehingga tular di media sosial.

Rata-rata netizen mengucapkan syukur atas pencapaian luar biasa kumpulan tersebut selain menjadikan ia sebagai inspirasi untuk terus berjuang serta tidak mudah putus asa dalam mengejar matlamat masing-masing.

Sumber: Twitter IlmFeed

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd