Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hasrat Pekerja Ladang Sertai Himpunan RXZ 7.0 Tak Kesampaian, Kaki Kiri Putus Digilis Lori

Hasrat Pekerja Ladang Sertai Himpunan RXZ

Hasrat seorang pekerja ladang untuk menyertai Himpunan RXZ 7.0 di Terengganu bertukar tragedi apabila mengalami kecelakaan jalan raya di kilometer 21 Jalan Pekan-Nenasi, Rompin, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 pagi itu, mangsa, Muhammad Amirulnizam Sarimon, 26, mengalami kecederaan serius termasuk putus kaki kiri, patah ibu jari kaki kanan dan kecederaan pada bahagian perut.

Hasrat Pekerja Ladang Sertai Himpunan RXZ 7.0 Tak Kesampaian

Menurut Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd. Zaidi Mat Zin, mangsa dalam perjalanan dari Kahang Timur, Kluang, Johor, ke Terengganu.

“Siasatan awal mendapati, motosikal jenis Yamaha RXZ ditunggang mangsa terbabas dan jatuh di atas jalan raya ketika sampai di lokasi kejadian.
“Mangsa yang jatuh kemudian digilis tayar belakang sebuah lori yang tidak dapat dikenalpasti jenisnya yang ketika itu berada di lorong bertentangan,” katanya dalam kenyataan.

Artikel lain: Tidak Sempat Sertai Himpunan RXZ, Eksekutif Jualan Maut Kemalangan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk rawatan lanjut.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Malaysia Gazette (Zazrina Zainuddin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd