Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

HASiL Komited Tadbir Cukai Langsung Negara, Rangka Strategi Percukaian Berimpak Tinggi

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) akan terus komited, telus dan adil dalam melaksanakan fungsinya sebagai sebuah jentera kerajaan yang memikul amanah dalam mentadbir cukai langsung negara.

Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata akan terus giat merangka pelbagai strategi percukaian yang berimpak tinggi merangkumi aspek operasi, pengurusan dan pematuhan bagi mendepani perubahan serta keperluan semasa.

“Penganjuran National Tax Conference 2024 (NTC 2024) atau Persidangan Percukaian Kebangsaan 2024 dilihat sebagai satu platform yang terbaik dengan membuka ruang.
“Ia juga membuka peluang kepada pembuat dasar dan pelaksana untuk berkongsi pandangan, pengetahuan dan pengalaman serta membincangkan isu-isu terkini percukaian mengikut kepakaran masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran NTC 2024 yang bertemakan “Tax Reforms: Driving Growth and Empowering the Nation” di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Persidangan berlangsung selama dua hari itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghimpunkan penyertaan seramai 2,081 orang peserta terdiri daripada pengamal percukaian, ahli badan profesional dan akademik seluruh negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Abu Tariq berkata, beliau berharap penganjuran bagi siri ke-24 itu akan meningkatkan pengetahuan tentang isu-isu percukaian terkini dalam kalangan peserta sekali gus meningkatkan literasi, pematuhan dan hasil cukai demi kemampanan ekonomi negara.

Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying, Ketua Setiausaha Perbendaharaan merangkap Pengerusi Anggota Lembaga LHDNM Datuk Johan Mahmood Merican, Presiden Institut Percukaian Malaysia (CTIM) Soh Lian Seng selain barisan pengurusan kanan HASiL serta CTIM.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd